SENARAI NAMA AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL, HOSPITAL KAMPAR
BAGI TAHUN 2025-2027
1. Encik Ahmad Fauzi bin Sulaiman - Pengerusi
2. Encik Gunachandrasegar a/l Ramachandran – Timbalan Pengerusi
3. Encik Mohd Zaini bin Zainul Abidin - Setiausaha
4. Puan Tung Mun Yee - Bendahari
5. Encik Low Chen Jie
6. Encik Yau Kam Meng
7. Encik Ahmad Nazrin Shah bin Abd Rahman.
8. Encik Zabidi bin Din
9. Encik Mohd Norazzam bin Hanafiah
10. Puan Nor Azwani binti Danial
11. Encik Prabhakaran a/l Muthuvel Achary
12. Encik Norisham bin Mahat Nor
13. Puan Elis Anitha a/p David
14. Encik Mior Arif Ashaari bin Mior Rahim,
15. Puan Rodziah bin Hasbollah
16. Puan Manal Hayati binti Mohd Ariff
17. Encik Jalaluddin bin Hashim
18. Puan Lee Kar Kee
19. Encik Ahmad Syahid bin Ibrahim
TUGAS DAN FUNGSI AHLI LEMBAGA PELAWAT
Tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Ahli Lembaga Pelawat ialah seperti berikut:
1.Penghubung Antara Hospital Dan Komuniti
Bertindak sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara Hospital dan komuniti. Ahli Lembaga boleh memainkan peranan perhubungan awam yang positif dengan member penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam member perkhidmatan kepada orang ramai. Dengan cara ini imej dan peranan sesebuah hospital akan dapat diperbaiki dan perkhidmatan Lembaga Pelawat akan disanjung tinggi.
2.Mengadakan Lawatan ke Hospital
Mengadakan lawatan ke hospital yang akan mendapat maklum mengenai perkhidmatan yang diberikan di Hospital berkaitan perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris. Ahli lembaga hendaklah menyediakan laporan mengenainya selepas setiap lawatan dan membincangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat
3.Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit Dan Hospital
Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan Hospital umpamanya dengan mengumpul buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin serta mengumpul dan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit kanak-kanak. Selain daripada itu, Ahli Lembaga juga boleh secara peribadi menyumbangkan atau mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, menyediakan seni taman, tempat pesakit berehat dan sebagainya. Perkhidmatan sebegini akan dapat memberikan sumbangan positif daripada Ahli Lembaga Pelawat.
4.Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital
Melibatkan diri dalam aktiviti Hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah, kempen anti merokok dan sebagainya. Ahli lembaga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu Hospital menjayakan program-program yang dirancang.
UNTUK MAKLUMAN
Segala urusan mendapatkan rawatan di Hospital Kampar perlu dibuat sendiri oleh pesakit atau keluarga pesakit dengan pihak Hospital. Ahli Lembaga Pelawat tidak menguruskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hospital.


