Hospital Kampar dengan amat berbesar hati menerima kunjungan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, YBrs. Dr. Feisul Idzwan Bin Mustapha pada 23 Mei 2024. Kunjungan beliau yang juga diiringi oleh oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dr. Roniyuzam Bin Abd Malek telah disambut oleh Pengarah Hospital Kampar, Dr. Mohd Anwar Rasyid Bin Ahmad serta Ketua - Ketua Unit Hospital Kampar.
Di pertemuan yang julung kali diadakan di Hospital Kampar ini, Pengarah Kesihatan Negeri Perak amat bersyukur dan berterima kasih dengan komitmen sambutan yang diberikan. Antara intipati utama pertemuan adalah membincangkan halatuju dan fokus utama perkhidmatan hospital kepada rakyat daerah Kampar.
YBrs. Dr. Feisul juga berkesempatan meluangkan masa melawat setiap unit dan perkhidmatan yang terdapat di Hospital Kampar serta beramah mesra dengan seluruh warga kerja Hospital Kampar dan para pesakit.
Warga kerja Hospital Kampar sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada YBrs. Dr. Feisul kerana sudi melawat Hospital Kampar. Segala amanat dan nasihat amatlah kami hargai dan akan dipraktikkan demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat rakyat daerah Kampar.