Pada 24 Mei 2024, Hospital Kampar menerima kunjungan YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak Hospital Kampar yang diketuai Pengarah Hospital, Dr. Mohd Anwar Rasyid Bin Ahmad dengan berbesar hati menyambut kedatangan YBhg. Dato' Indera yang juga diiringi oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dr. Roniyuzam Bin Abd Malek.
Agenda pertemuan kali ini dimulakan dengan perbentangan mengenai Hospital Kampar oleh Pengarah Hospital. Hala tuju mengenai pelan strategik perkhidmatan hospital antara menjadi topik utama dalam agenda kali ini.
YBhg. Dato' Indera juga menyarankan agar pihak Hospital Kampar berikrar dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat daerah Kampar. Sebelum mengakhiri lawatan, YBhg. Dato' Indera sempat meninjau persekitaran Hospital Kampar.
Akhir sekali, warga kerja Hospital Kampar ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Indera atas kesudian beliau untuk berkunjung ke Hospital Kampar, Perak.