my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Majlis Iftar Hospital Kampar 26 Mac 2024

Telah berlangsung Majlis Iftar sempena Bulan Ramadhan Al – Mubarak anjuran Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah dengan kerjasama Kelab Kebajikan & Sosial Hospital Kampar pada hari Selasa 27 Mac 2024 bertempat di Perkarangan Parkir Pejabat Pentadbiran Hospital Kampar, Perak.

Majlis dipengerusi oleh Dr. Mohd Masrul Bin Md. Mahayuddin dan telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Dr. Mohd Anwar Rasyid Bin Ahmad, Pengarah Hospital Kampar. Tetamu Jemputan pada majlis kali ini terdiri daripada Wargakerja Hospital Kampar, Staf Edgenta Mediserve Sd. Bhd dan seisi keluarga. Turut dijemput khas pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat AdDin bagi menyempurnakan majlis kali ini.

14 7 12

Sebelum tiba waktu berbuka puasa, bacaan Tahlil dan bacaan doa juga turut menjadi agenda utama majlis kali ini yang dipimpin oleh salah seorang dari pelajar tahfiz berkenaan. Majlis juga menganjurkan solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Tarawih secara berjemaah, yang juga diimamkan oleh pelajar Tahfiz berkenaan di Surau Al-Falah Hospital Kampar.

22 33 35 37 38 43 41 44 45 47

Majlis kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran para tetamu yang memenuhi setiap ruang yang disediakan. Semoga ukhwah silaturrahim sesama Wargakerja Hospital Kampar dapat diperkukuhkan lagi demi Hospital Kampar. Ramadan Kareem.

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 9
Jumlah Keseluruhan: 22,842

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 20 Jun 2025.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video