Tanggal 8 Mei 2024, Majlis Jamuan Hari Raya 2024 peringkat Hospital Kampar telah diadakan pekarangan parkir Pejabat Pentadbiran Hospital Kampar dengan bertemakan Orang Kampung yang julung kali diadakan.
Majlis dimulakan tepat jam 11.15 pagi dengan sesi bacaan doa serta ucapan aluan dari Pengarah Hospital, Dr. Mohd Anwar Rasyid Bin Ahmad. Seramai kira-kira 150 orang warga kerja Hospital Kampar menyertai jamuan kali ini dengan bertemakan pakaian “Orang Kampung’’ yang begitu “sporting” sekali.
Majlis kali ini disambut baik oleh semua unit di Hospital Kampar untuk menyediakan juadah makanan masing-masing. Pelbagai menu yang telah dihidangkan antaranya, sate, lemang, rendang, nasi impit, mee kari, bihun sup, roti jala, cendol, kuih muih, biskut raya dan macam-macam lagi aneka menu.
Akhir kata, Majlis Jamuan Hari Raya 2024 dilangsungkan dengan jayanya dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan diantara warga kerja Hospital Kampar. Dengan ini, Warga Kerja Hospital Kampar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Berjumpa lagi pada tahun depan.
Video Ucapan Hari Raya Hospital Kampar 2024