my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan & Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 10 Oktober 2024

 

Pada 10 Oktober 2024, Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Oktober 2024 telah dianjurkan oleh Unit Pentadbiran & Kewangan di perkarangan parkir Pejabat Pentadbiran. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Lagu Kami Sedia Membantu, disusuli dengan lafaz Ikrar KKM dan bacaan doa. Agenda seterusnya adalah ucapan amanat dari Pengarah Hospital, Dr. Mohd Anwar Rasyid bin Ahmad yang menggesa kepentingan budaya berintergiti dalam perkhidmatan di kalangan warga kerja Hospital Kampar.


Majlis juga menganugerahkan penghargaan “Employee of the Month” kepada Pn. Rozana binti Mior Yaacob atas kecemerlangan beliau dalam perkhidmatan yang diberikan sepanjang tempoh bulan lalu. Seterusnya, majlis juga diserikan dengan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 peringkat Hospital Kampar yang dirasmikan oleh Pengarah Hospital. Sambutan kali ini yang bertemakan “Utamakan Kesihatan Mental Di Tempat Kerja” bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental dan menggalakkan advokasi terhadap stigma sosial dalam kalangan masyarakat kini.

Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Kesihatan Mental

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 9
Jumlah Keseluruhan: 22,842

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 20 Jun 2025.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video