my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Program Fun Walk 5KM Hospital Kampar 28 Jun 2024

Wallpaper

 

Program Fun Walk 5KM Hospital Kampar diadakan pada Jumaat, 28 Jun 2024. Program kali ini dianjurkan oleh Klinik Terapi Gantian Metadon bersama Unit Fisioterapi dan juga Kelab Kebajikan & Sosial Hospital Kampar. Jarak perjalanan untuk program kali ini adalah sepanjang 5 kilometer iaitu bermula dari pekarangan parkir Hospital Kampar hingga ke Air Terjun Kampung Batu Berangkai, Kampar.

Seramai hampir 50 peserta yang mengambil bahagian yang terdiri daripada pesakit Klinik Terapi Gantian dan juga dikalangan warga kerja Hospital Kampar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membudayakan cara hidup sihat di kalangan pesakit dan juga warga kerja hospital, memupuk sifat bekerjasama berpasukan serta untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja hospital.

Acara dimulakan dengan sesi pemanas badan, iaitu Taichi, Tabata, dan Aerobik yang diketuai oleh Unit Fisioterapi Hospital Kampar. Seterusnya, semua peserta memulakan perjalanan 5 kilometer pada jam 8.30 pagi ke destinasi. Sepanjang perjalanan, para peserta dihidangkan dengan keindahan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang perjalanan, sambil menghirup udara pagi yang begitu segar. Apabila tiba di “checkpoint” Air Terjun Batu Berangkai, para peserta berpeluang untuk berehat dan menenangkan diri dengan bersaksikan deruman air terjun yang mengasyikkan.

Selepas 30 minit beristirehat, para peserta kembali meneruskan perjalanan pulang ke Hospital Kampar semula. Program berjaya ditamatkan pada jam 11.30 pagi, dan semua perserta amat berpuas hati dengan program yang sebegini, dan berharap ia dikekalkan setiap tahun.

 

 youtube subscribeVideo Program Fun Walk Hospital Kampar 2024

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 9
Jumlah Keseluruhan: 22,842

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 20 Jun 2025.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video