Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) Negeri Perak
Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) Negeri Peraktelah menjalankan audit dalaman ke atas Unit Farmasi dan Bekalan Hospital Tapah pada 13 Jun 2024 dan semua kakitangan farmasi terlibat dalam audit tersebut.
Tujuan audit ini dijalankan adalah untuk memastikan prosedur, garis panduan dan peraturan sedia ada sentiasa dipatuhi. Selain itu, audit dari peringkat negeri ini dijalankan setiap 2 tahun untuk menilai keberkesanan sistem pengurusan perkhidmatan farmasi dan memantau tindakan pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan. Audit ini juga dijalankan untuk melaporkan status semasa fasiliti bagi memastikan tindakan yang sesuai dapat dirancang dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan.
Mesyuarat pembukaan dipengerusikan oleh Pengarah Hospital Tapah dan dihadiri oleh 11 orang kakitangan farmasi termasuk Ketua Jabatan Farmasi untuk mengalu-galukan kedatangan 6 juruaudit ADAF. Taklimat audit telah dibentangkan oleh ketua auditor dan sesi pengenalan bersama auditor berjalan dengan lancar. Selain itu, ketua pegawai farmasi juga membentang kepada auditor mengenai latar belakang, aktiviti-aktiviti farmasi, organisasi, pencapaian tahun lepas dan tahun semasa, perancangan masa hadapan, dan pembentangan status tindakan pembetulan dan pencegahan semasa penemuan audit lepas.
Mesyuarat penutup diadakan pada pukul 4 petang di bilik mesyuarat Hospital Tapah dan rumusan audit dari auditor dan ketua auditor dibentangkan. Semua pegawai yang terlibat mengambil maklum teguran dari auditor yang perlu penambahbaikan.
Terima kasih kepada kumpulan Juruaudit ADAF atas cadangan dan teguran yang diberikan.