Pengenalan
Unit Fisioterapi Hospital Tapah telah beroperasi pada 04hb Ogos 2009. Unit ini terletak bersebelahan dengan bangunan ketua jururawat dan wad kanak-kanak.
Organisasi & Pengurusan
Unit ini dikendalikan oleh seorang Jurupulih Anggota Perubatan U29 dan disokong oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.
Objektif Unit
- Mengenalpasti masalah pesakit melalui kaedah penilaian berkemahiran tinggi.
- Merancang program rawatan fisioterapi yang paling sesuai dengan kondisi pesakit.
- Melaksanakan rawatan melalui penggunaan berbagai kaedah rawatan yang mana faktor keberkesanan dan keselamatan diutamakan.
- Mengwujudkan satu sistem dokumentasi yang komprehensif dan simpanan maklumat teratur yang mana boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan.
- Membantu pesakit memelihara keupayaan dari segi kefungsian diri.
- Melaksanakan program pendidikan pesakit dalam usaha melibatkan pesakit serta keluarga dalam program pemulihan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan dan kecergasan diri ke arah membantu mencapai hidup yang lebih berkualiti.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Jurupulih Perubatan (Anggota) melalui 'Continouos Professional Development (CPD) yang berterusan bagi memastikan mutu kerja dan perkhidmatan yang efektif dan efisyen.
Polisi & Prosedur
Pesakit dirujuk oleh Pegawai Perubatan bagi:
- Pesakit Dalam
- Klinik-Klinik Jabatan Pesakit Luar di Hospital Tapah
- Hospital-Hospital dan Klinik-Klinik Kesihatan di Batang Padang dan Negeri Perak.
- Semua kes yang dirujuk perlu menggunakan Borang Rujukan Fisioterapi.
Perawatan Fisioterapi
Jurupulih Perubatan (Anggota) akan menjalankan penilaian awal ke atas setiap kes baru sebelum merangka program rawatan dan mendokumenkan ke dalam borang POMR (Problem Oriented Medical Record) Fisioterapi iaitu borang 'Assessment Form' untuk 'Physiotherapy Department keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor borang tertentu seperti 'Physio/AX 1/2000' hingga 'Physio/AX 13/2000' yang disediakan.
Bagi pesakit luar, borang POMR dilampirkan dalam kad rawatan Medl 99D sementara pesakit di wad borang POMR dilampirkan di dalam BHT pesakit.
Semua prosedur rawatan bagi pesakit di wad akan dikendalikan di dalam wad kecuali yang memerlukan peralatan khusus di unit. Mereka akan dibawa ke unit mengikut perancangan.
Privasi Pesakit
- Rawatan Fisioterapi akan dikendalikan secara privasi di dalam kubikel atau di ruang yang tertutup.
- Dalam kes-kes tertentu yang melibatkan berlainan jantina di antara pesakit dan Jurupulih Perubatan (Anggota), peneman yang terdiri daripada staf atau keluarga akan dipanggil sebagai 'chaperone'.
Waktu Operasi
Waktu operasi Unit Fisioterapi mengikut waktu pejabat iaitu dari jam 08:00 pagi hingga 05:00 petang bagi bahagian Pesakit Luar dan Wad.
Aktiviti Yang Dijalankan
Unit Fisioterapi memberi perkhidmatan Fisioterapi yang berkesan dengan penilaian, pencegahan dan mengenalpasti masalah-masalah berkenaan pergerakan anggota atau sistem kardio-respiratori kepada pesakit-pesakit yang dirujuk.