my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

CSSS

Pengenalan

Bangunan Unit Bekalan Bahan Steril telah berusia melebihi 50 tahun dan pada asalnya adalah sebuah kantin yang telah diubahsuai. Perkhidmatan yang diberikan merangkumi Hospital Tapah dan Pejabat Kesihatan Batang Padang.

Unit ini adalah satu unit yang memproses, mengedar, dan mengawal semua peralatan, set-set kain-kainan dan sebagainya untuk semua pelanggan didalam dan diluar. Unit ini adalah menjadi jantung atau nadi hospital untuk mengawal serta mengelak infeksi. Segala aktiviti pensterilan dijalankan tetapi tidak mematuhi standart.

Unit ini dalam proses ke arah Sistem Portal, permohonan untuk pengubahsuaian telah diajukan kepada pihak pentadbiran.


Organisasi dan Pengurusan

  • Dokumen seperti visi, misi dan objektif dipamerkan.
  • Carta Organisasi di jelaskan - Pengarah Hospital mengetuai pentadbiran hospital, Penyelia Jururawat mengetuai unit kejururawatan dan seterusnya
  • Ketua Jururawat bertanggungjawab menguruskan unit CSSS.
  • Mesyuarat bersama anggota dijalankan setiap 4 bulan sekali dan minit mesyuarat dibaca oleh setiap anggota dan ditandatangani.
  • Statistik direkod dan dipamerkan.

Objektif Operasi

  • Mengadakan dan menyediakan perkhidmatan sucihama untuk membekalkan bahan-bahan yang steril dan selamat serta mengawal infeksi.
  • Mematuhi dan menguatkuasakan kawalan infeksi mengikut polisi kawalan infeksi Hospital Tapah dan KKM.
  • Mengemaskini dan mengimplimentasikan perubahan yang disyorkan dari semasa ke semasa.
  • Memberi perkhidmatan /perundingan kepada unit-unit lain berkaitan CSSS termasuk memberi tunjuk ajar.

Aktiviti Yang Dijalankan

  • Penerimaan peralatan tercemar dari wad dan unit.
  • Pengendalian (penyucian) peralatan tercemar mengikut S.O.P.
  • Peralatan yang telah bersih dan kering di 'packing' dan seterusnya akan disucihama
  • Menyusun peralatan yang steril di dalam bilik steril.
  • Mengedarkan semula peralatan telah steril ke wad dan unit.
  • Pensterilan peralatan dari hospital lain semasa hospital tersebut mengalami masalah.

Polisi dan Prosedur

Polisi dan Prosedur adalah mengikut Polisi Jabatan dan Kementerian. Semua anggota mempunyai "Manual Prosedur Kerja" masing-masing sebagai rujukan dalam melaksanakan tugas.

Aktiviti Peningkatan Kualiti

Aktiviti kualiti seperti KPI, Piagam Pelanggan, Kepuasan Pelanggan dan Laporan Insiden dijalankan mengikut jadual.

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 29
Jumlah Keseluruhan: 6,899

Tarikh Kemaskini

  • 19 Julai 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video