my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Hospital Tapah Negeri Perak. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 05-401 1333 untuk bantuan atau emel kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1.Bagaimanakah sistem temujanji di Hospital Tapah ?

Temujanji ditetapkan di Klinik Pakar / Susulan yang terdapat di Hospital Tapah. Pesakit yang telah diberikan temujanji hendaklah hadir pada hari dan waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Temujanji biasanya diperlukan untuk rawatan susulan.

2.Bagaimanakah proses kemasukan ke Hospital Tapah ?

Pesakit yang terdapat di Hospital Tapah adalah pesakit yang dirujuk dari Unit Kecemasan & Trauma dan pesakit-pesakit daripada Klinik Pakar / Susulan. Semasa pesakit tiba di Unit Kecemasan & Trauma , pesakit akan dibawa berjumpa dengan Pembantu Perubatan, pesakit akan diberikan rawatan asas seperti pengambilan tekanan darah, suhu, kadar pernafasan dan sebagainya. Jika didapati pesakit memerlukan rawatan lanjut, mereka akan ditempatkan di wad-wad yang disediakan untuk tujuan rawatan susulan dan pemantauan. Anda perlu membawa kad pengenalan untuk memudahkan proses pendaftaran. Maklumat diperlukan semasa membuat pendaftaran adalah seperti nama, no kad pengenalan, alamat, nombor telefon, nama saudara - mara yang terhampir dan lain-lain maklumat lain. Selepas itu, pesakit haruslah menunggu di tempat menunggu ditempat yang disediakan. Sila tunggu giliran anda dengan sabar. Anda akan dirawat mengikut kadar seriusnya penyakit yang anda hadapi.

3.Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran ?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan dari bayaran.

4.Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?

Bagi warganegara, wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM800 bagi kes Sakit Puan.

5.Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad ?

Ya, Ibu/bapa/penjaga jika pesakit adalah kanak-kanak, manakala pesakit dewasa cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.

6.Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan ke wad bagi tujuan pengecualian bayaran ?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, Surat Sekolah, Surat Pengesahan (GL).

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 29
Jumlah Keseluruhan: 6,899

Tarikh Kemaskini

  • 19 Julai 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video