my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Farmasi dan Stor Integrasi

Pengenalan

Unit Farmasi dan Stor Integrasi Hospital Tapah memberikan perkhidmatan farmasi pesakit luar, iaitu pesakit klinik pakar dan klinik susulan, perkhidmatan farmasi bekalan wad, perkhidmatan farmasi klinikal, perkhidmatan perolehan dan pembekalan oleh stor integrasi serta pengeluaran galenikal untuk pesakit Hospital Tapah dan juga pesakit yang dirujuk dari fasiliti lain.

Objektif

  • Memastikan bahawa semua pesakit memperolehi ubat-ubatan yang berkualiti dan dibekalkan dalam jangka waktu yang berpatutan serta diberi panduan yang terang.
  • Membekalkan ubat-ubatan yang bersesuaian daripada kualiti yang tinggi, selamat digunakan dan dengan harga yang berpatutan.
  • Memastikan ubat-ubatan yang digunakan adalah selamat, berkemampuan serta berkualiti tinggi.
  • Memberikan perkhidmatan farmasi yang efisien dan berkesan demi menyokong program penjagaan pesakit.
  • Merancang, mengurus, menyelia, dan meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi demi mencapai objektif program farmasi di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menyediakan perkhidmatan farmasi klinikal seperti perkhidmatan maklumat ubat, pemantauan kesan 'adverse' dan perkhidmatan kaunseling demi manfaat pesakit dan anggota perubatan yang lain.

Polisi dan prosedur

'Drug' hanya akan di dispen kepada pesakit melalui preskrepsi asal dan sah dari pegawai perubatan.

Aktiviti yang dijalankan

  • Pembekalan ubat kepada pesakit luar dari klinik susulan dan klinik pakar, pesakit dalam, dan juga pesakit yang didiscaj dari wad.
  • Pembekalan ubat-ubatan kepada wad-wad dan unit kecemasan melalui stok imprest.
  • Melakukan pembungkusan ubat-ubatan biji dan juga ubat-ubatan cecair internal serta external untuk farmasi Hospital Tapah & klinik-klinik kesihatan daerah Batang Padang.
  • Menjalankan pemeriksaan ubat-ubatan di wad-wad dan unit pemesan yang lain.
  • Memberikan perkhidmatan farmasi klinikal termasuk 'bedside medication caunseling' dan 'medication for out patient'.
  • Menjalankan perolehan dan pembekalan ubat-ubatan, alat-alat pakai buang surgikal, gas perubatan untuk kegunaan perawatan pesakit.

Kemudahan dan Peralatan

Unit Farmasi dan Stor Integrasi dibahagikan kepada farmasi pesakit luar, farmasi pesakit dalam dan bahagian stor integrasi.

Bagi setiap bahagian tersebut, fasiliti penyimpanan yang mencukupi dan selamat digunakan untuk memastikan sediaan farmaseutikal dan yang berkaitan disimpan mengikut keadaan Praktis Penyimpanan Baik.

Aktiviti Peningkatan Kualiti

  • Penggunaan kotak ubat berkunci untuk pembekalan ubatan kepada unit pemesan.
  • Sudut informasi bagi pesakit di farmasi pesakit luar.
  • Kajian-kajian yang diarahkan dari semasa ke semasa dari pihak atasan.
  • Kajian untuk mengkaji tren penggunaan stok imprest pada tahun 2006 - masih dijalankan
  • Kempen 'Kenali Ubat Anda' melalui ceramah & pameran diadakan 2 kali setahun
  • Mencetak pelekat label ubat untuk diletak pada kotak ubat bagi memudahkan kerja-kerja pelabelan.
  • Tempat dan sudut khas disediakan untuk penyimpanan ubat SPUB rujukan dari Hospital Ipoh dan Teluk Intan.
  • Penyimpanan tempat letak bin kad untuk memudahkan kerja-kerja merekod.

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 29
Jumlah Keseluruhan: 6,899

Tarikh Kemaskini

  • 19 Julai 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video