my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Radiologi

Pengenalan

Unit Radiologi Hospital Tapah terletak di Banggunan Utama/Pentadbiran Hospital Tapah. Ianya adalah bersebelahan dengan Klinik Dada dan juga Klinik Pakar.

Unit ini juga berdekatan dengan Jabatan Kecemasan & Trauma. Ini akan dapat memudahkan pengurusan pesakit bagi mendapatkan rawatan segera.

Unit ini telah beroperasi semenjak Hospital Tapah memulakan operasinya. Pada mulanya unit ini hanya ada seorang sahaja Juru X-Ray dan juga Juru Proses Filem.

Hanya pemeriksaan x-ray biasa sahaja dijalankan di unit x-ray Hospital Tapah. Sekarang staf unit x-ray telah meningkat kepada 3 orang Juru X-Ray dan juga seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Operasi unit adalah secara waktu pejabat dan juga tugas atas panggilan. Jadual disediakan bagi tugas atas panggilan yang akan bemula dari jam 5 petang hingga 8 pagi keesokan harinya.

Bagi hujung minggu dan cuti umum Juru X-Ray akan berugas atas panggilan 24 Jam.

Operasi unit ini disokong oleh kelengkapan yang terkini iaitu sebuah mesin x-ray static, sebuah mesin x-ray mobile, sebuah floor standing prosesor dan juga sebuah table top prossesor.

Kesemua asset yang ada adalah baru iaitu kurang dari 10 tahun penggunaan. Sehingga hari ini, kesemua asset beroperasi dengan baik.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit ini adalah:

  • Menguruskan temujanji untuk pemeriksaan khas yang perlu dilakukan di HRPB dan HTI.
  • Radiografi biasa.
  • Radiografi portable.
  • pemeriksaan x-ray atas panggilan.

Untuk persediaan jangka panjang, Unit sentiasa merancang untuk menambah bilangan kakitangan selaras dengan penambahan perkhidmatan dan bilangan kes di Hospital Tapah.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan pengimejan diagnostic yang berkualiti serta mempunyai nilai diagnostic serta cekap dan berkesan.
  • Memastikan kadar penolakan filem adalah kurang dari 2.5% daripada jumlah penggunaan filem.


Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit akan selesai menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam masa 30 minit.
  • Setiap pesakit akan selesai menjalani pemeriksaan khas dalam masa 2 jam.
  • Segala maklumat diagnosa pesakit akan dirahsiakan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Membuat Pemeriksaan Radiografi AM
  • Membuat Pemeriksaan Radiografi Mudah Gerak
  • Memberi Temujanji Pemeriksaan Khas Dari HRPB DAN HTI

Aktiviti - Aktiviti Yang Dijalankan

  • Memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam seperti dari Unit Kecemasan, wad-wad dan juga klinik
  • Memberi perkhidmatan kepada pesakit luar iaitu dari Klinik-Klinik Kesihatan sekitar, Klinik Penjara Tapah, Klinik 4 RAMD dan lain-lain.

Polisi & Prosedur

Terdapat 3 polisi dan prosedur di Unit Radiologi:

  • Polisi Unit Radiologi
  • Polisi Keselamatan dan Perlindungan Sinaran
  • Polisi Pelatih Praktikal

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 29
Jumlah Keseluruhan: 6,899

Tarikh Kemaskini

  • 19 Julai 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video