Pengenalan
Unit Kecemasan & Trauma mula beroperasi pada tahun 1918. Unit ini telah 2 kali berpindah tempat dan pada tahun 2002 unit ini telah dikekalkan di bangunan sekarang.
Lokasi unit ini adalah terletak di tepi jalan besar dan senang untuk orang awam datang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Objektif
Untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan yang mudah, cekap dan pantas serta berkesan kepada pesakit yang memerlukan, agar rawatan awal boleh membantu dalam pemulihan serta mengurangkan kesakitan dan komplikasi.
Memerhatikan kepentingan, kehendak dan kepuasan pelanggan di setiap masa. Menggalak penglibatan anggota dalam aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran. Menambahbaikan dan mengekalkan kualiti perkhidmatan di sepanjang masa.
Perkhidmatan yang disediakan
- Beroperasi 24 jam.
- Menerima semua jenis kes
- Menerima kes rujukan dari klinik dan hospital swasta dan kerajaan.
- Memberikan perkhidmatan panggilan ambulans.
- Mengadakan 'Medical Standby' untuk vvip dan vip.
- Memberikan perkhidmatan bencana alam.
- Merujuk kes ke hospital berpakar kerajaan.
- Merawat kes susulan dari klinik komuniti pada hari kelepasan am dan kelepasan minggu.
- Menerima mayat dan membuat bedah siasat.
- Melaksanakan prosedur perubatan.
- 'One Stop Crisis Centre'.
Polisi dan Prosedur
- Kes kecemasan diberi rawatan serta merta.
- Kes tidak kecemasan diberi rawatan mengikut giliran.
- Triage dilakukan oleh pembantu perubatan kauter triage.
- Semua maklumat panggilan ambulans hanya akan diterima oleh pembantu perubatan.
- Setiap pemeriksaan pesakit perempuan mesti ditemani oleh seorang anggota perempuan.
- Semua kes rogol, dera dan cabul kehormatan mesti dirawat di bilik OSCC.
- Semua ubat dan alatan kecemasan mesti diperiksa pada awal setiap syif oleh pembantu perubatan.
- Rekod perawatan pesakit mesti dirahsiakan dan disimpan di tempat yang selamat.
- Semua kes kematian disahkan oleh pegawai perubatan.
- Bedah siasat atas mayat 'medico-legal' hanya boleh dilakukan dengan adanya Perintah Polis 61.
- Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan pesakit dari masa pendaftaran sehingga discaj.
- Ubat DDA sentiasa dikunci dalam peti DDA dan kunci dipegang oleh pembantu perubatan sepanjang masa bertugas.
- m) Semua prosedur perlu keizinan pesakit.