TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA WARGA KERJA HOSPITAL TAPAH
Tahniah diucapkan kepada Hospital Tapah di atas penganugerahan Pensijilan Penuh Akreditasi MSQH bagi tempoh 4 tahun mulai 30 Mei 2023 hingga
29 Mei 2027.
Proses penilaian penuh teliti telah dilaksanakan pada 20-22 Februari 2023 dengan jayanya.
Keputusan dan pengiktirafan ini amat penting dalam memastikan Hospital Tapah mematihi polisi dan pencapaian standard piawaian yang cemerlang.
Semoga semua petugas terus menyampaikan servis awam dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi mencapai Visi, Misi dan Objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan ini dapat dicapai.