Pengenalan
Unit ini memberikan perkhidmatan ujian makmal kepada pesakit dalam, klinik susulan dan klinik kesihatan. Unit ini juga menyediakan perkhidmatan tabung darah.
Operasi
Perkhidmatan ini beroperasi 24jam sehari dan dikendalikan oleh:
- Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U32 Seramai 1 Orang
- Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 Seramai 7 Orang
- Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 Seramai 1 Orang
Permintaan Ujian Makmal
- Sampel spesimen diterima dari wad, unit kecemasan, klinik susulan dan klinik-klinik kesihatan.
- Permintaan dibuat oleh doktor menggunakan borang permohonan yang disediakan.
- Keputusan ujian akan disiapkan pada hari yang sama dan boleh diakses dari sistem komputer (LIS).
- Bekalan bagi 'spesimen container' dan media disediakan oleh pihak makmal.
Tabung Darah dan Transfusi
Unit ini menyediakan kemudahan untuk menderma darah dalam waktu bekerja biasa. Kempen menderma darah dijalankan secara ttap bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi. Kempen-kempen diadakan di dalam Daerah Batang Padang, Kampar, Cameron Highland dan Teluk Intan. Daftar penderma darah sentiasa dikemaskini dan surat panggilan akan dihantar.
Perkhidmatan
- Level 2 lab menyediakan perkhidmatan ujian:
- Chemical Pathology
- Haematology
- Serology
Tabung Darah:
- Blood Donation
- Blood Grouping dan X Match
- Comb's test
Peralatan
Unit Makmal telah menggantikan semua peralatan lama dengan yang baru bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami, antaranya:
- Chemistery Analyzer
- Haematology Analyzer
- Blood Gas Analyzer
- Coagulation Analyzer
- Blood Bank Refregerator
- Lab Information System (LIS)