Unit Kualiti di Hospital Tapah telah ditubuhkan pada tahun 2005. Unit ini berfungsi untuk menyelaraskan semua aktiviti kualiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
DASAR KUALITI
Hospital Tapah adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Untuk mencapai matlamat ini, penekanan diberi kepada aspek latihan, perkhidmatan perawatan yang cekap, berkesan, kajian semula dan perlaksanaan aktiviti penambahbaikan kualiti secara berterusan yang memenuhi keperluan dan objektif organisasi.
OBJEKTIF
Ke Arah Mencapai Dan Mengekalkan Pensijilan Program-Program Kualiti - Akreditasi Hospital MS ISO 9002.
Memenuhi Sasaran KPI/NIA bagi setiap Jabatan / Unit yang terlibat.
Memberi perkhidmatan perawatan dengan penerapan dan penambahbaikan kualiti yang berterusan disamping menggalakkan aktiviti-aktiviti pembelajaran, penyelidikan dan penggunaan kemudahan berteknologi terkini.