Pengenalan
Unit Pemulihan Cara Kerja ditubuhkan pada Oktober 2010. Bermula dengan seorang Jurupulih Cara Kerja yang dipinjamkan secara pentadbiran dari Hospital Teluk Intan Pada awalnya,(tahun 2010) lokasi Unit Pemulihan Cara Kerja selepas ditubuhkan ialah di bilik doktor bersebelahan ruangan Unit Farmasi.
Kemudian setelah Unit Fisioterapi berpindah ke bangunan baru (2012) , Unit Cara Kerja menggunakan bilik Unit Fisioterapi ( berhampiran Klinik Susulan Hospital Tapah) untuk beroperasi.Pada tahun 2013 , Unit Cara Kerja berpindah sekali lagi di bangunan yang sama dengan Unit Fisioterapi (belakang Unit Kejururawatan) .
Objektif
- Menjalankan rawatan kepada pesakit dalam ( in patient) dalam masa 24 jam hari bekerja
- Menjalankan rawatan kepada pesakit luar (out patient) dalam masa 3 hari bekerja
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan professional. Segala maklumat pesakit akan dirahsiakan.
- Setiap pelanggan akan diberikan penerangan yang jelas mengenai program pemulihan yang dilaksanakan
- Setiap pelanggan akan diberikan rawatan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dan rawatan diberikan mengikut temujanji.
- Pesakit akan diberi laporan kemajuan kepada pegawai perujuk berkenaan semasa rawatan susulan mengikut keperluan.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
- Pemulihan Cara Kerja di bidang Orthopaedik
- Tangan dan anggota atas
- Kecederaan saraf tunjang
- Kecederaan saraf Periferi
- Muskuloskeletal
- Amputasi
- Pemulihan Cara Kerja di bidang Psikiatri
- Adult Psychiatry
- Kanak-kanak dan remaja
- Psikogeriatrik
- Pemulihan Psikososial
- Pemulihan Cara Kerja di bidang Pediatrik
- Neurologi Paediatrik
- Neonatal
- Pemulihan Cara Kerja di bidang Perubatan Am
- Pemulihan Cara Kerja di bidang Neurologi
- Pemulihan Cara Kerja di bidang Pebedahan Am
- Pemulihan Cara Kerja di bidang Kardiak
Modaliti Rawatan yang dijalankan :
- Activites of Daily Living Assessment and Training
- Instrumental Activities of Daily Living Assessment and Training
- Motor and Functional Assessment and Training
- Cognitive and Perceptual Assessment and Training
- Developmental Assessment and Training
- Sensory Assessment and Training
- Wheelchair Assessment and Training
- Driving Assessment and Training
- Work Assessment and Rehabilitation
- Behaviour Assessment and Management
- Aids And Adaptation
- Compression Therapy
- Creative Therapy
- Social Skill Assessment and Training
- Patient and Carer Education
- Play and Leisure ( Exploration and Training)
- Relaxation Therapy
- Splint and Orthotics
- Preschool Assessment and Training
- Polisi & Prosedur
Sistem Rujukan
Jabatan Pemulihan Cara Kerja akan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dan lain-lain profesional secara bertulis sahaja.
Waktu Operasi
Isnin hingga Khamis – 8.00pagi hingga 1.00petang
- 2.00petang hingga 5.00petang
Jumaat – 8.00pagi hingga 5.00petang
2.45petang-5.00petang
Tutup pada hari minggu dan cuti kelepasan am