External Audit Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) Fasa 1/2024 telah dijalankan pada 31 JULAI 2024 oleh juruaudit dari Hospital Batu Gajah. Pasukan juruaudit seramai 5 orang diketuai Oleh Dr. Muhammad Zakuan bin Abdul Jalil. Sepanjang audit dijalankan, auditee telah memberikan kerjasama yang amat baik dan sesi audit berjalan dengan lancar.
Pengarah Hospital, Dr Gridhari Nath dalam ucapan penutup mengharapkan supaya semua pemegang indikator dapat menerima sebarang teguran dan memastikan standard indikator yang dipantau dapat dikekalkan.
Sekalung Penghargaan buat pasukan Usetia Audit HPIA yang diketuai oleh Dr Muhammad Syahmi bin Khalid, Ketua Unit Kualiti Hospital Tapah.
Semoga Hospital Tapah Terus Cemerlang di masa hadapan.