Pada 28 April 2026, Hospital Tapah telah mengadakan Kursus Hak Pesakit & Keluarga serta Kesedaran Pendermaan Organ.
![]() ![]() |
Kursus ini telah disertai oleh 33 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja pelbagai unit dan wad di Hospital Tapah. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan hak pesakit, peranan keluarga dalam penjagaan kesihatan, serta kepentingan pendermaan organ sebagai satu amalan mulia yang mampu menyelamatkan nyawa.
![]() ![]() |
Sepanjang kursus, pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan bagi mengukuhkan pemahaman peserta melalui sesi perkongsian ilmu, perbincangan dan aktiviti berkumpulan.
Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan harian demi meningkatkan kualiti penjagaan pesakit serta memberi sokongan terbaik kepada keluarga mereka.
![]() ![]() |
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, penceramah serta Ahli Jawatankuasa yang telah menjayakan kursus ini dengan cemerlang.








