my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kursus Kesedaran Antibiotik Peringkat Hospital Tapah

15 OGOS 2024


Jawatan Kuasa Antibiotic stewardship dengan Kerjasama Unit Farmasi Hospital Tapah telah menganjurkan Kursus Kesedaran Antibiotik peringkat Hospital Tapah pada 15 Ogos 2024. Pameran Kenali Ubat Anda bertemakan Antibiotik juga telah dijalankan serentak sepnajang kursus bermula 2 petang.


Peserta kursus ini terdiri daripada kakitangan pelbagai jawatan dari setiap unit di Hospital Tapah dan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang.


Objektif kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai antibiotik secara umum dan kepentingan untuk mencegah kerintangan antibiotik daripada berlaku.


Kursus dimulakan dengan ceramah Antibiotik yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Dr Ko Hui Chen. Kemudian diteruskan dengan dua lagi ceramah bertajuk “One Health” dan “Hand Hygiene” yang masing-masing disampaikan oleh Pegawai Farmasi, Cik Teh Wen Yan dan Ketua Jururawat Kawalan Infeksi, Puan Azizah Binti Abu Bakar.


Dua aktiviti berkumpulan telah dijalankan iaitu Ular dan Tangga dan dikuti Tic-Tac-Toe. Setiap kumpulan menerima hadiah dan sijil penyertaan pada sesi penutup kursus pada pukul 4.30 petang.


Kursus telah berjalan lancar dengan kerjasama yang baik antara urusetia dan kesemua peserta yang hadir.

Kursus Kesedaran Antibiotik peringkat Hospital Tapah 1

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 3
Jumlah Keseluruhan: 12,133

Tarikh Kemaskini

  • 14 Mei 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video