KURSUS KESELAMATAN KEBAKARAN & LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN HOSPITAL TAPAH 2024
TARIKH : 13.8.2024
BERTEMPAT : DEWAN CME , HOSPITAL TAPAH
Seramai 28 orang peserta yang terdiri dari kakitangan Hospital Tapah dan kakitangan Edgenta telah menyertai kursus ini.Kursus serta latihan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Balai Bomba & Penyelamat Tapah dengan kehadiran 2 orang pegawai bagi memberikan latihan asas keselamatan kebakaran kepada peserta.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada kakitangan dalam menghadapi situasi kebakaran dan melatih kakitangan dalam pengendalian alat-alat pemadam api yg terdapat di Hospital Tapah.
Di samping itu,kursus ini juga bertujuan membentuk satu pasukan tindakan kecemasan sekiranya berlakunya kebakaran di tempat bertugas.