LAWATAN BENCHMARKING AKREDITASI HOSPITAL SUNGAI SIPUT, PERAK DAN HOSPITAL KUALA KUBU BHARU, SELANGOR KE HOSPITAL TAPAH
24 Jun 2024
Hospital Tapah telah menerima Lawatan dari delegasi Hospital Sungai Siput, Perak dan Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 24 Jun 2024.
Lawatan ini diketuai oleh Dr Mohd Basil Bin Sulaiman, Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu dan Dr. Noori Fisyah Sarah Binti Mohamad Hawari, Ketua Penolong Pengarah Hospital Sungai Siput.
Untuk pertama kalinya, Hospital Tapah telah menganjurkan Lawatan Benchmarking Akreditasi melibatkan 2 delegasi dari hospital berbeza melibatkan sejumlah 60 pegawai.
Matlamat utama lawatan adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai proses Akreditasi Edisi ke-6. Untuk makluman, Hospital Tapah telah diaudit pada 20 hingga 22 Februari 2023, dan telah berjaya mendapatkan pensijilan selama 4 tahun oleh MSQH. Semoga lawatan ini memberi manfaat dan membantu Hospital Sungai Siput, Perak dan Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor dalam persediaan menghadapi pensijilan Akreditasi MSQH pada tahun 2025 nanti.
Selamat Maju Jaya!