LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (FARMASI) PUAN NORHUDA BINTI MOHD TAJUDDIN KE UNIT FARMASI DAN BEKALAN HOSPITAL TAPAH
03 Julai 2024
Kunjungan ini telah disambut oleh Ketua Pegawai Farmasi dan Pegawai Farmasi Kanan Hospital Tapah pada pukul 9.30pagi. Sesi lawatan kerja tersebut meliputi Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit dalam dan Farmasi Logistik.
Puan Norhuda Binti Mohd Tajuddin sempat berkenalan dengan semua kakitangan farmasi yang bertugas hari ini dan memberi motivasi serta sokongan kepada warga kerja Farmasi Hospital Tapah.sebelum meluangkan masa melawat sekitar kawasan Hospital Tapah.
Ketua Pegawai Farmasi telah membentangkan pencapaian dan perkhidmatan yang diberikan dibawah Farmasi Hospital Tapah yang merangkumi servis Nilai Tambah dan perkhidmatan Farmasi pada hujung minggu.
Warga Farmasi Hospital Tapah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas lawatan ini