my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

LAWATAN PEJABAT AGAMA 12 JUN

12 JUN 2024 – Sesi perjumpaan bersama pihak Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah yang diwakili oleh Ustaz Ahmad Kamarul Ariffin Bin Rapei (Pegawai Hal Ehwal Islam, Imam Besar Daerah) dan Ustaz Hishamudin (Pembantu Hal Ehwal Islam, Unit Undang-Undang Keluarga) serta dua orang Guru Agama Dakwah (GAD) di Pejabat Pengarah Hospital Tapah.

Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan perkara berkaitan sukarelawan dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah yang ingin memberi khidmat sosial di Hospital Tapah. Pihak Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah memaklumkan objektif sukarelawan Guru Agama Dakwah ini adalah membantu dan memberi sokongan sosial, spiritual dan emosi kepada pesakit, keluarga pesakit dan anggota kesihatan yang berada di Hospital Tapah.
Dr. Gridhari Nath A/L Gingaiah, Pengarah Hospital Tapah memberi pandangan agar pihak Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah dapat bekerjasama

dalam menjalankan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti bersama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Hospital Tapah dari semasa ke semasa.
Pengarah Hospital Tapah mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah di atas kesudian hadir ke Hospital Tapah dan memberi kerjasama bagi menambahbaik perkhidmatan kepada pesakit serta warga kerja di Hospital Tapah.

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 29
Jumlah Keseluruhan: 6,899

Tarikh Kemaskini

  • 19 Julai 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video