my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

LAWATAN YBHG. DATO' INDERA DR. NOR AZIMI BINTI YUNUS, TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (PERUBATAN) KE HOSPITAL TAPAH

LAWATAN YBHG. DATO' INDERA DR. NOR AZIMI BINTI YUNUS, TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (PERUBATAN) KE HOSPITAL TAPAH

24 Mei 2024 - Lawatan YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia diiringi bersama Dr Roniyuzam bin Abd. Malek, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Perak ke Hospital Tapah.
Kunjungan ini telah disambut oleh Pengarah Hospital, Dr. Gridhari Nath a/l Gingaiah dan Pengurusan Tertinggi Hospital Tapah. Sesi lawatan tersebut meliputi Wad Lelaki, Unit Kecemasan dan Unit Pengurusan Hospital Tapah.


Dato' Indera Dr. Nor Azimi sempat berkenalan dengan ketua unit yang hadir sebelum meluangkan masa melawat sekitar kawasan Hospital Tapah.
Dalam sesi kunjungan ini, pihak Hospital Tapah berkesempatan membincangkan perancangan strategik dan hala tuju hospital bagi memberikan perkhidmatan Kesihatan yang terbaik kepada penduduk daerah Batang Padang.


YBhg Dato’ Indera juga menyarankan agar Hospital Tapah mengekalkan suasana pekerjaan yang positif dan harmoni supaya dapat melahirkan kakitangan yang berkualiti, proaktif dan produktif.


Warga Hospital Tapah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus diatas lawatan kerana memberi motivasi serta sokongan kepada warga kerja Hospital Tapah.

 

 

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 29
Jumlah Keseluruhan: 6,899

Tarikh Kemaskini

  • 19 Julai 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video