Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (MPSI) Hospital Tapah ,Anjuran Unit Laktasi Hospital Tapah pada 9.8.2024
Majlis dirasmikan oleh Pengarah Hospital Tapah, Dr. Gridhari Nath A/L Gingaiah dengan jayanya. Seperti yang kita ketahui Tema penyusuan susu ibu pada tahun ini adalah RAPATKAN JURANG : SOKONG SUSU IBU SEPENUHNYA (Closing the gap- Breast feeding support for all) .
Objektif sambutan ini dijalankan adalah untuk menyokong Penyusuan Susu ibu ke arah penyusuan Susu ibu sepenuhnya serta untu mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai penyusuan Susu ibu sebagai persediaan sebelum melahirkan bayi dan seterusnya memberi penyusuan secara ekslusif 6 Bulan dan meneruskannya sehingga 2 Tahun.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar majlis kami pada hari ni. Antara aktiviti yang dijalankan:
✨Lawatan Booth & Pameran Penyusuan susu ibu
- kuiz
✨Lawatan dan pemberian sumbangan kepada pesakit yang berada di wad bersalin, wad kanak-kanak dan juga transit orang asli
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas menjayakan Majlis Perasmian Penyusuan Susu Ibu Peringkat Hospital Tapah.