Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Bil 2/2024
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan program-program yang bakal dijalankan sepanjang tahun ni seperti sambutan Hari Merdeka, perayaan-perayaan dan aktiviti.
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada dua ahli yang baru dilantik iaitu Pn. Roslida binti Zamri dan Pn. Faaizah binti Ariff.
Peranan Ahli Lembaga Pelawat adalah sebagai penghubung antara hospital dan komuniti, mengadakan lawatan ke hospital, menyumbang perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital serta melibatkan diri dalam aktiviti hospital.
Semoga dengan perjumpaan dan perbincangan kali ini akan memberikan manfaat khususnya kepada pesakit dan amnya kepada Hospital Tapah.