NAZIRAN PENGURUSAN RUMAH KERAJAAN (KUARTERS) JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
17/7/2024
Naziran Pengurusan Rumah Kerajaan (kuarters) oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN) yang diketuai oleh Puan Nordi Yana binti Mohd Yunus, Penolong Pegawai Tadbir Tertinggi N36 bersama tiga pegawai lain.
Tujuan naziran adalah memastikan dan memantau pengurusan dokumen, mesyuarat, pemantauan, penyelenggaraan dan pembaikan Rumah Kerajaan (Kuarters ) mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan (SOP). Memberi khidmat nasihat, mengenal pasti isu-isu pengurusan kuarters, memastikan pematuhan ke atas Garis Panduan Rumah Kerajaan (Kuarters) dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa. Melaporkan kepada Pengarah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) semua isu berbangkit berkaitan permasalahan rumah kerajaan yang telah dijalankan
Pembukaan majlis dipengerusikan oleh Pengarah Hospital, Dr Gridhari Nath a/l Gingaiah, dan 2 pegawai hospital yang mengawal selia kuarters Hospital.
Semoga naziran ini dapat membantu hospital dalam mengurus hal-hal berkaitan kuarters.
Terima kasih kepada naziran yang memberi teguran dalam cadangan penambahbaikan bagi memantapkan pengurusan kuarters.