my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2024

PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2024

Perhimpunan pagi bagi bulan Jun 2024 , anjuran oleh Wad Perempuan dan Wad Kanak-Kanak telah di adakan pada 20 Jun 2024, bertempat di Dewan CME Hospital Tapah bertemakan Batik Malaysia.

Pengarah hospital memulakan ucapan dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua wargakerja Hospital Tapah yang beragama islam, yang di sambut pada 17 Jun 2024. Ucapan tahniah juga diberikan kepada jawatankuasa dan semua anggota yang telah menjayakan Hari Keluarga Hospital Tapah pada 8 Jun 2024

Pengarah juga memaklumkan bahawa lawatan pemeriksaan mengejut akan di lakukan secara berkala ke unit-unit Hospital Tapah, seleras dengan surat edaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang bertarikh 18 April 2024 iaitu berhubung tanggungjawab dan inisiatif di peringkat kementerian/jabatan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berintegriti.

Perkara yang akan di pantau adalah seperti pengurusan waktu berkerja yang berintegriti dan pengurusan kaunter yang berkualiti dan peka pelanggan. Pengarah juga menekankan larangan staf meletakkan kenderaan di laluan tempat membasuh kenderaan jabatan.
Peringatan juga di berikan berkenaan cuti rehat yang perlu di isi di dalam HRMIS sebelum staf bercuti dan permohonan cuti rehat perlu di luluskan oleh ketua Unit sebelum bercuti. Semua ketua unit perlu memastikan setiap kelulusan ‘time off / day off’ staf di bawah seliaan mestilah di catatkan di dalam borang permohonan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu berkerja.

Pemberian anugerah pekerja cemerlang bulanan di berikan kepada anggota yang di nilai oleh ketua unit iaitu seramai 5 orang.Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin kepada semua kakitangan dalam mencapai kecemerlangan menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Info mengenai Batik Malaysia dikalangan penjawat awam telah di berikan oleh penganjur perhimpunan pagi. Seramai 68 orang kakitangan hadir pada perhimpunan pagi bulan Jun 2024.

googlemap1

HOSPITAL TAPAH
Jalan Temoh
35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

  05-4011333
   hosptapah@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 29
Jumlah Keseluruhan: 6,899

Tarikh Kemaskini

  • 19 Julai 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video