16 Ogos 2024
PERHIMPUNAN PAGI DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI MERDEKA KALI KE 67
Unit Pengurusan telah menganjurkan perhimpunan pagi dan majlis sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 67 peringkat Hospital Tapah di Dewan CME. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh En Mohd Zuki. Seterusnya nyanyian lagu ‘Tanggal 31 Ogos’ telah dinyanyikan oleh semua warga kerja yang hadir dengan mengibarkan jalur gemilang. Ikrar telah diketui oleh En Mohd Asyri.
Tayangan video renungan pagi mengisahkan tentang laungan kali pertama kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Kemerdekaan adalah sebuah perjuangan yang sangat bernilai. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mensyukuri nikmat keamanan dan kesejahteraan yang diperolehi masa kini.
Pengarah telah memberi ucapan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Hospital Tapah dengan penyerahan sijil SSPN. Pengarah juga mengucapkan selamat maju jaya semasa penilaian semula pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi akan diadakan pada 20, 21 dan 22.8.2024.
Tahniah juga kepada Pekerja Cemerlang Bulanan seramai 11 orang dari Unit Pantadbiran, Unit Kewangan, Wad Bersalin, Wad Kanak-kanak dan Unit Farmasi.
Acara kemuncak apabila Pengarah mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 67 dengan tema “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”.
Secara keseluruhannya, Malaysia Madani: Jiwa Merdeka:
• Merupakan perlambangan kesejahteraan secara holistik.
• Menekankan kemajuan dan progresif untuk rakyat berbilang kaum.
• Menyatukan hati dan teguh pada jati diri negara.
Sambutan hari kemerdekaan adalah penting bagi menyemai nilai patriotisme dalam diri setiap masyarakat konvensional hari ini. Nilai cinta akan negara ini penting supaya rakyat sentiasa sedar dan melindungi kedaulatan negara daripada ancaman musuh dan sebagainya.
Diakhir majlis, Pengarah meletakkan bendera pada kenderaan jabatan sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.
Seramai 110 orang yang hadir termasuk Ahli Lembaga Pelawat yang memeriahkan perhimpunan pagi ini