PENGENALAN
Perkhidmatan Fisioterapi di Malaysia memberikan khidmat klinikal berdasarkan skop perkhidmatan
promotive, preventif, kuratif, prahabilitasi, habilitasi, rehabilitasi dan paliatif untuk membantu
perawatan pesakit yang mengalami masalah fizikal, kognitif, sosial dan kualiti hidup. Ahli Fisioterapi
berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini. Untuk penjagaan pesakit secara
kuratif, prahibilitasi, rehabilitasi dan paliatif, prosedur yang diguna pakai terdiri dari proses menilai
serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan,
membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi
aspek promotive dan preventif, kaedah pendidikan kesihatan digunakan. Untuk mencapai
matlamatnya, perkhidmatan fisioterapi diberi secara multidisciplinary /interdisciplinary.
VISI
- Menyampaikan perkhidmatan fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati
keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah meningkatkan kualiti hidup.
MISI
- Komited menyediakan perkhidmatan fisioterapi yang berkualiti, efisien dan efektif secara klinikal
dan kos serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan pada person-centered care dan budaya
korporat. - Melahirkan tenaga kerja profesional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan
berasaskan bukti (evidence-based practice) dan berdasarkan piawaian kebangsaan / antarabangsa
dengan: - Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan individu dan
komuniti - Mewujudkan suasana dan mekanisma untuk mengukuhkan kolaborasi pelbagai sektor,
agensi kerajaan, dan bukan kerajaan untuk mencapai visi dan misi Kementerian Kesihatan
Malaysia
OBJEKTIF
- Menyediakan fasiliti, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi.
- Memberi perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif dan cekap dengan melahirkan Ahli
Fisioterapi yang profesional, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence-
based practice (EBP) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai bidang. - Memperkasa penglibatan pesakit, keluarga atau waris dalam proses rawatan melalui pendidikan
kesihatan. - Memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan menerapkan nilai-nilai murni. Piagam
Pelanggan Piagam Pelanggan Perkhidmatan Fisioterapi adalah: “Kami berazam dan berjanji akan: 5)
Memberi layanan mesra, adil, dan saksama - Menjaga maruah dan kerahsiaan setiap pesakit
- Memastikan pesakit mendapat rawatan menepati masa mengikut kesesuaian fasiliti masing-
masing, contoh seperti berikut:
a. Pesakit Luar
• Pendaftaran kes baru 20 minit dan kes ulangan 15 minit
• Mendapat rawatan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran
• Setiap pesakit akan menerima rawatan mengikut janji temu yang ditetapkan kecuali kes
akut dan kecemasan b.
b. Pesakit Dalam
• Setiap kes akan diberi rawatan dalam masa 24 jam hari bekerja selepas rujukan diterima.
Perkhidmatan Fisioterapi yang ditawarkan :
Perkhidmatan Teras:
Fisioterapi Muskuloskeletal
Fisioterapi Respiratori
Fisioterapi Neurologi (Dewasa)
Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)
Fisioterapi Geriatrik
Fisioterapi Kecederaan Sukan
Fisioterapi Inkontinen Urinari
Perkhidmatan Pengkhususan:
Fisioterapi Lymphedema
Fisioterapi Vestibular
Fisioterapi Hand & Microsurgery
Fisioterapi Haemofilia
Fisioterapi Burn & Reconstructive Surgery
Prosedur kerja yang digunakan oleh Perkhidmatan Fisioterapi adalah berasaskan evidence–based
medicine.
1) Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fisioterapi Muskuloskeletal
2) Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fisioterapi Respiratori
3) Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fisioterapi Neurologi (Dewasa)
4) Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)
5) Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fisioterapi Geriatrik
6) Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fisioterapi Kecederaan Sukan
7) Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fisioterapi Inkontinen Urinari.


