PENGENALAN
Unit Rekod Perubatan merupakan perkhidmatan sokongan yang dipertanggungjawab dalam pengurusan rekod-rekod perubatan pesakit (RPP), mengurus permohonan Laporan Perubatan dan pusat pengumpulan maklumat atau data-data statistik untuk keperluan pihak hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Sebagai penyimpanan rekod berpusat, Rekod Perubatan Pesakit (RPP) didaftarkan dengan kaedah “One Patient One Folder” dan disimpan menggunakan “Terminal Digit Filling System”.
VISI
- Mewujudkan sebuah Unit Rekod Perubatan yang berkualiti dan mampan berteraskan mesra
pelanggan.
MISI
- Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dengan berorientasikan budaya kerja
penyayang, berpasukan dan profesionalisma.
OBJEKTIF
- Unit rekod perubatan akan memastikan 90% laporan perubatan disiapkan dalam tempoh 14
hari bekerja.
PIAGAM PELANGGAN
- Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam masa 14 hari dari tarikh
penerimaan tidak termasuk cuti am, Sabtu dan Ahad. - Setiap rekod perubatan akan disimpan dengan selamat dan dirahsiakan.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat,
bersopan santun, jujur dan ikhlas.


