VISI
Unit Dietetik & Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit
MISI
Perkhidmatan Dietetik
- Memberi perkhidmatan dietetik klinikal , dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan
Perkhidmatan Sajian
- Menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan dengan mengutamakan inovasi, perkembangan teknologi terkini dan melaksanakan penyelidikan serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti
OBJEKTIF
Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
Perkhidmatan Dietetik
A) Pesakit Luar:
Pesakit akan dilayan mengikut masa dan temujanji yang ditetapkan.
Jangka masa kaunseling diet :
Bagi pesakit yang baru dirujuk : 30 minit – 45 minit
Bagi pesakit ulangan : 15 minit – 20 minit
B) Pesakit Dalam:
Kes urgent dilayan dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima.
Kes non-urgent dilayan dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima.
Perkhidmatan Sajian
A) Setiap pelanggan akan disajikan makanan mengikut jadual yang ditetapkan
Sarapan pagi : 7.45 pagi - 8.00 pagi
Makan Tengahari : 11.45 pagi – 12.00 tengahari
Minum petang : 2.30 petang – 3.00 petang
Makan Malam : 5.30 petang
B) Memastikan tiada insiden kontaminasi fizikal dalam makanan


