my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Terapi Cara Kerja

TERAPI CARA KERJA

 1. PENGENALAN

Perkhidmatan Terapi Cara Kerja merupakan satu bidang rawatan pemulihan dan penjagaan kesihatan yang memfokuskan kepada membantu individu, kumpulan atau populasi daripada segenap lapisan umur melibatkan diri dan melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan masa lapang yang terganggu akibat masalah fizikal, psikologikal atau sosial.

Terapi cara kerja menggunakan pendekatan berpusatkan klien melalui aktiviti yang bertujuan dan bermakna, modifikasi peralatan dan persekitaran, adaptasi perlaksanaan pekerjaan, teknik terapeutik dan modaliti fizikal, pendidikan serta konsultasi bagi mengekalkan, meningkatkan dan/ atau mewujudkan kemahiran dan keupayaan individu tersebut supaya mereka dapat melaksanakan peranan mereka secara optimum dan lebih bermakna dalam persekitaran budaya-sosial mereka. (WFOT, 2018)

 2. VISI

  • Meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui penglibatan di dalam aktiviti kehidupan seharian

 3. MISI

  • Menyampaikan Perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang komprehensif, berkualiti dan boleh diakses oleh klien
  • Memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kesihatan
  • Melahirkan tenaga kerja terapi cara kerja yang berdedikasi, profesional dan berkepakaran tinggi
  • Mewujudkan sistem dan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kehidupan seharian

 4. OBJEKTIF

  • Meningkatkan kebolehcapaian kesihatan yang menawarkan perkhidmatan terapi cara kerja kepada klien
  • Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran penjagaan kesihatan bagi memperkasakan penjagaan kesihatan rakyat
  • Mengenalpasti dan membangunkan kepakaran di dalam Perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang ditawarkan
  • Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong dan boleh diakses oleh semua pihak

 5. PIAGAM PELANGGAN

Unit Terapi Cara Kerja sentiasa beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memastikan:

  • Setiap klien akan dilihat dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
  • Setiap pesakit dalam baharu yang dirujuk akan dilihat dalam tempoh 24 jam
  • Setiap pesakit luar baharu yang dirujuk akan dilihat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja

 6. SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan utama Unit Terapi Carakerja:

  • Menjalankan penilaian kefungsian fizikal, mental dan sosial.
  • Merancang rawatan pemulihan bernilai terapeutik.
  • Menjalankan intervensi:
    (a) Kepada pesakit yang terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan warga emas.
    (b) Skop perkhidmatan ini melibatkan aspek promotif, preventif dan rehabilitatif.

Perkhidmatan Rawatan Terapi Cara Kerja  umum yang dijalankan adalah seperti:

  • Pemulihan disfungsi fizikal
  • Pemulihan kes kanak-kanak
  • Pemulihan kes ortopedik
  • Pemulihan kes perubatan dan pembedahan
  • Pemulihan psikiatri
  • Pemulihan geriatric

Tujuan utama Perkhidmatan Terapi Carakerja adalah merupakan salah satu perkhidmatan rawatan pemulihan dengan menggunakan aktiviti terapeutik bagi membantu pesakit yang mengalami masalah ketidakupayaan fizikal, psikologikal dan sosial supaya dapat kembali berdikari ke tahap optima dalam Activity Daily Living, Work dan Leisure.

Skop perkhidmatan rawatan yang dijalankan:

1. Activities of Daily Living Assessment and Training
2. Motor and Functional Assessment and Training
3. Cognitive and Perceptual Assessment and Training
4. Pre-School Assessment and Training
5. Wheelchair Assessment and Training
6. Driving Assessment & Training
7. Work and Vocational Assessment and Training
8. Home/Work Place/School Assessment
9. Developmental Assessment and Training
10. Behaviour Management
11. Aids and Adaptation
12. Compression Therapy
13. Creative Therapy
14. Social Skill Assessment and Training
15. Patient’ and Careers’ Education
16. Play and Leisure (Exploration & Training)
17. Relaxation Therapy
18. Sensory Assessment and Training
19. Splint and Orthotics
20. Lain-lain (Rawatan terkini)

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 14
Jumlah Keseluruhan: 571

Tarikh Kemaskini

  • 19 Mac 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video