FUNGSI UNIT PATOLOGI DAN TRANSFUSI DARAH
1. Unit Patologi
Unit Patologi bertanggungjawab menjalankan ujian makmal bagi tujuan membantu pegawai perubatan dalam proses diagnosis, pemantauan rawatan serta penilaian tahap kesihatan pesakit.
Antara fungsi utama Unit Patologi adalah seperti berikut:
1. Melaksanakan ujian hematologi, biokimia, mikrobiologi Dan serologi
2. Menganalisis serta mengesahkan keputusan ujian sebelum diserahkan kepada pihak klinikal.
3. Memastikan kualiti dan ketepatan keputusan makmal melalui kawalan mutu dalaman dan luaran.
4. Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan ujian makmal kepada jabatan klinikal.
5. Mengurus spesimen pesakit mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Unit ini berperanan penting dalam memastikan keputusan makmal yang tepat, sahih dan boleh dipercayai bagi menyokong rawatan pesakit.
2. Unit Transfusi Darah
Unit Transfusi Darah bertanggungjawab mengurus, menyimpan dan membekalkan darah serta komponen darah secara selamat dan terkawal kepada pesakit yang memerlukan.
Fungsi utama Unit Transfusi Darah adalah seperti berikut:
1. Melaksanakan ujian pengelasan kumpulan darah (ABO dan Rhesus) serta ujian keserasian (crossmatching).
2. Menjalankan saringan penyakit berjangkit ke atas darah penderma mengikut garis panduan yang ditetapkan.
3. Mengurus penyimpanan darah dan komponen darah mengikut suhu dan piawaian keselamatan.
4. Membekalkan darah dan komponen darah seperti Packed Cell, Platelet, Fresh Frozen Plasma (FFP) dan Cryoprecipitate kepada wad dan jabatan klinikal.
5. Mengurus permohonan darah kecemasan serta memantau dan melaporkan sebarang reaksi transfusi.
6. Memastikan dokumentasi dan rekod berkaitan transfusi darah lengkap dan mematuhi peraturan semasa.
Unit ini berperanan memastikan keselamatan, keserasian dan keberkesanan transfusi darah bagi menjamin kesejahteraan pesakit.
FUNGSI UNIT PENDERMAAN DARAH
Unit Pendermaan Darah bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pendermaan darah bagi memastikan bekalan darah mencukupi, selamat dan berkualiti untuk kegunaan pesakit di fasiliti kesihatan.
Antara fungsi utama Unit Pendermaan Darah adalah seperti berikut:
1. Merancang dan melaksanakan kempen pendermaan darah secara tetap dan bergerak (mobile drive) mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Menjalankan saringan kesihatan awal ke atas bakal penderma termasuk temuduga kesihatan dan pemeriksaan hemoglobin.
3. Mengendalikan proses pengambilan darah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan keselamatan.
4. Memastikan kebajikan dan keselamatan penderma sebelum, semasa dan selepas proses pendermaan darah.
5. Melaksanakan pelabelan, dokumentasi dan penghantaran darah yang telah didermakan ke Jabatan Transfusi hrpb untuk pemprosesan lanjut.
6. Menyimpan dan mengemas kini rekod penderma secara sistematik dan sulit.
7. Memberi pendidikan kesihatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan darah secara sukarela dan berkala.
Unit ini memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan selamat bagi keperluan rawatan pesakit.
VISI
- Menjadi perkhidmatan Patologi dan Transfusi Darah yang profesional, selamat, cekap dan berkualiti dalam menyokong sistem penjagaan kesihatan serta memastikan kesejahteraan pesakit.
MISI
- Menyediakan perkhidmatan diagnostik makmal dan transfusi darah yang tepat, cepat, selamat dan boleh dipercayai.
- Memastikan semua ujian dan prosedur dijalankan mengikut piawaian, garis panduan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
- Menjamin bekalan darah dan komponen darah yang mencukupi, selamat dan berkualiti untuk kegunaan pesakit.
- Mengutamakan keselamatan pesakit dan penderma dalam setiap proses kerja.
- Mengamalkan sistem pengurusan kualiti serta penambahbaikan berterusan selaras dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Memperkasa kompetensi dan profesionalisme warga kerja melalui latihan dan pembangunan berterusan


