my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kecemasan & Trauma

VISI

Menjadi pusat  perkhidmatan kecemasan yang cekap, pantas dan mesra pesakit tanpa mengira latar belakang atau tahap keseriusan keadaan mereka.

MISI

  • Menyediakan rawatan kecemasan yang cepat dan tepat kepada semua pesakit tanpa mengira latar belakang atau tahap keseriusan keadaan mereka.
  • Mengutamakan keselamatan pesakit melalui prosedur dan protocol yang dikemas kini dan pemantuan rapi.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan klinikal dan sokongan melalui latihan berterusan bagi menghadapi pelbagai jenis kecemasan dengan efektif.
  • Memastikan akses kepada perkhidmatan kecemasan yang mudah dan tanpa halangan untuk komuniti serta masyarakat  setempat.
  • Bekerjasama dengan hospital  dan agensi-agensi lain yang  berkepentingan untuk memastikan koordinasi yang lancar dalam pengurusan      kes-kes kecemasan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Seri Iskandar berjanji untuk memberikan perkhidmatan kecemasan yang cepat, cekap, selamat dan beretika kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.

  • Pesakit akan disaring(triage)  oleh petugas terlatih dalam tempoh 5 minit.
  • Pesakit Zon Merah(kritikal) akan diberi rawatan serta merta.
  • Pesakit Zon Kuning(semi kritikal) akan diberikan rawatan  dalam tempoh 30 minit dari masa pendaftaran.
  • Pesakit Zon Hijau(tidak kritikal) akan dilayan berdasarkan keutamaan kes dan bilangan pesakit yang hadir serta tahap keperluan klinikal.

OBJEKTIF KUALITI

  • Memastikan  saringan(triage) kes Zon Merah adalah tepat . Tidak melebihi 5% kes Zon Merah disaring awal dari  Zon Hijau.
  • Memberi rawatan awal kepada pesakit Zon Merah kurang dari 5 minit masa ketibaan, sekurang-kurangnya 95% kes.
  • Memberi rawatan awal kepada pesakit Zon Kuning kurang 30 minit dari masa

    pendaftaran sekurang-kurangnya 85%  pesakit zon tersebut.

  • Menjalankan Latihan kecemasan dalaman atau luaran sekurang-kurangnya

    sekali setahun bagi memastikan  kesiapsiagaan staf dalam menghadapi situasi

    bencana atau mass casualty incident(MCI).

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 14
Jumlah Keseluruhan: 571

Tarikh Kemaskini

  • 19 Mac 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video