my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Hemodialisis

Pengenalan
Hospital Seri Iskandar merupakan hospital tanpa pakar di bawah Kluster Hospital
Seri Manjung. Hospital ini telah siap dibina pada hujung bulan Oktober 2024 bagi
menggantikan peranan Hospital Changkat Melintang. Unit Hemodialisis telah mula
beroperasi pada 11 Disember 2024. Unit hemodialisis ini berkapasiti tiga belas (13)
ruangan untuk menjalankan dialysis. Daripada tiga belas (13) ruangan tersebut,
sepuluh (10) ruangan disediakan untuk pesakit berstatus Negative Hepatitis, satu (1)
ruangan untuk pesakit berstatus Hepatitis B dan dua (2) ruangan untuk pesakit
berstatus Hepatitis C. Unit Hemodialisis ini menyediakan perkhidmatan rawatan
hemodialisis kepada pesakit kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir “End
Stage Renal Failure” ESRF di kawasan Daerah Perak Tengah dan kawasan
sekitarnya mengikut syarat yang telah ditentukan. Unit Hemodialisis ini merupakan
salah satu unit khidmat sokongan bagi Hospital Seri Iskandar.

Fungsi Unit

  • Unit ini memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit ESR yang
    layak mengikut kriteria tertentu. Masa rawatan setiap pesakit adalah
    empat (4) jam untuk tiga (3) kali seminggu. Pesakit yang dirawat
    dalam kategori ini ditetapkan rawatannya oleh pakar Nefrologi dan
    jadual ditetapkan oleh Pengurusan Unit Hemodialisis.
  • Memberi rawatan kes Akut.

Misi

  • Memberikan perawatan dan penjagaan pesakit yang selamat, berkesan
    dan berkualiti
  • Menyediakan perkhidmatan mesra pesakit dengan mengutamakan
    keselesaan dan kepuasan pelanggan.
  • Meningkatkan tahap kesedaran kepada pesakit dan keluarga, dengan
    memberikan pendidikan dan sokongan mengenai rawatan hemodialisis
    untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Visi

  • Mewujudkan unit yang cemerlang di dalam penyediaan perkhidmatan
    perawatan hemodialisis.

Objektif 
1. Menyediakan rawatan hemodialisis kronik dan akut yang terbaik kepada
pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang mengikut syarat dan
ketetapan yang telah ditetapkan.
2. Memberi kefahaman dan pengetahuan berkenaan penyakit buah pinggang
supaya pesakit mengikut rawatan dan penjagaan dengan berkesan.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan secara profesional, selamat,
mesra, penyayang dan berkualiti mengikut garis panduan yang ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;

  • Memastikan semua pesakit menerima informasi pendidikan
    kesihatan berkaitan pemakanan dan penjagaan kesihatan 100%.
  • Semua pesakit diálisis perlu menjalani diálisis selama empat (4) jam
    setiap sesi untuk tiga (3) kali seminggu bagi pesakit yang tiada
    komplikasi kesihatan 100%

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Memberi rawatan haemodialisis selama 4 jam sekali rawatan dan 3 kali
    seminggu atau atas arahan doktor pakar.
  • Setiap kali rawatan dialisis keatas pesakit akan di rekodkan didalam carta
    ‘Haemodialysis Treatment Record” dan buku kedatangan / lapuran harian.
  • Pemeriksaan ke atas vital sign akan di lakukan sekurang-kurangnya dua (2)
    jam sekali semasa rawatan dijalankan dan catitkan dalam carta
    “Haemodialisis Treatment Rekod”.
  • Jika berlaku kecemasan atau komplikasi teruk keatas pesakit pegawai
    perubatan dalam Panggilan Unit Kecemasan akan dihubungi.

 Ujian makmal dibuat mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
Pelawat hendaklah mendapat kebenaran dari kakitangan bertugas sebelum masuk
ke unit Haemodialisis dan hendaklah gunakan kasut yang disediakan.
Kakitangan Unit Haemodialisis hendaklah mengamalkan “Standard Precaution “
sebelum, semasa dan selepas rawatan.


Aktiviti - Aktiviti Yang Dijalankan

  • Melakukan prosedur haemodialisis keatas pesakit.
  • Mengambil contoh darah untuk pemeriksaan kesihatan pesakit.
  • Memberikan rawatan ubat-ubatan semasa dialisis.
  • Melakukan infusi darah atas arahan Pakar Nefrologi.
  • Menyediakan pesakit untuk rawatan susulan Pakar Nefrologi mengikut jadual
    yang ditetapkan.
  • Menyediakan reten semasa dan tahunan untuk Yayasan Buah Pinggang
    Negara (NRR).
    Polisi & Prosedur
  • Kemasukan pesakit ke unit Haemodialisis diberi keutamaan kepada kes yang
    di rujuk dari Pakar nefrologi bagi kes CAPD atau renal transplant yang
    mengalami kegagalan.
  • Bagi kes biasa pemilihan akan di buat oleh jawatan kuasa pemilihan dimana
    pesakit akan di temuduga dan dipilih melalui mesyuarat pemilihan. Pemilihan
    mengikut pemarkahan dan budi bicara pengarah.
  • Kakitangan yang bertugas di Unit Haemodialisis mestilah menjalani
    pemeriksaan darah seperti Hbs Ag, Anti HCV dan Anti HIV setiap tahun.
  • Pesakit yang diterima masuk untuk menjalani rawatan haemodialisis mestilah
    menjalani pemeriksaan darah seperti Hbs Ag , Anti HCV. & Anti HIV .
  • Pesakit viral positif dan viral negatif diberi rawatan di ruangan yang
    berasingan.
  • Pesakit diberikan rawatan mengikut jadual yang di tetapkan. Perubahan
    dalam jadual hendaklah di maklumkan kepada Pengurus Dialisis.
    Memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit dari hari Isnin hingga hari Sabtu
    termasuk hari cuti am dan ditutup pada hari Ahad.


Waktu Operasi:
Syif Pertama : 7.00 pagi sehingga 2.00 petang
Syif Kedua : 10.30 pagi sehingga 5.30 petang
Syif Ketiga : 2.00 petang sehingga 9.00 malam

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 14
Jumlah Keseluruhan: 571

Tarikh Kemaskini

  • 19 Mac 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video