PENGENALAN
Klinik Pakar yang sebelum ini beroperasi di Hospital Changkat
Melintang telah berpindah ke Hospital Seri Iskandar (HSI) pada bulan Disember
2024. Pada bulan Januari 2025, Klinik Pakar (HSI) telah beroperasi sepenuhnya di
Hospital ini. Klinik Pakar (HSI) memberi perkhidmatan pakar secara lawatan
daripada Hospital Kluster iaitu Hospital Seri Manjung (HSM), mengikut jadual dan
waktu yang telah disediakan. Ia terdiri daripada 9 disiplin utama iaitu Perubatan/INR,
Pembedahan, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, Orthopedik, Psikiatrik, Oftalmologi,
dan Otorinolaringologi iaitu Klinik Sub General, Terapi Pertuturan dan Pendengaran
(Audio).Klinik pakar (HSI) telah diambil alih secara rasminya oleh Unit Penyeliaan
Penolong Pegawai Perubatan pada 12 Disember 2024 selaras dengan arahan
Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengoptimumkan jururawat dan penolong
pegawai perubatan di fasiliti kesihatan.
VISI, MISI DAN OBJEKTIF KLINIK PAKAR
VISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, efisyen dan berkualiti.
MISI
Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, komprehensif, selamat
dengan semangat berpasukan dan profesionalisme.
MATLAMAT
Memberi perkhidmatan diagnosis, perawatan dan pencegahan penyakit
dengan tepat, efektif, cekap dan selesa untuk pesakit mengikut keperluan
Klinik Pakar dan rawatan susulan.
OBJEKTIF KLINIK PAKAR
1. Untuk memastikan pengendalian pelanggan di Klinik Pakar (HSI) dapat
dilaksanakan secara cekap dan berkesan.
2. Perkhidmatan diberi mengikut giliran pada hari klinik.
3. Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di
hospital ini akan dirujuk ke hospital kluster (HSM) bagi rawatan selanjutnya.
4. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenanan penyakit dan
rawatan yang diberikan.
5. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan
kepada pesakit adalah dijamin.
6. Memastikan persekitaran Klinik Pakar (HSI) sentiasa berada dalam keadaan
kemas, bersih dan selamat bagi kakitangan dan pelanggan yang hadir ke
klinik ini.


