Pengenalan
High Dependency Unit (HDU) merupakan unit penjagaan khas yang menyediakan rawatan, pemantauan
dan sokongan klinikal berterusan kepada pesakit yang memerlukan tahap penjagaan lebih tinggi
berbanding wad biasa tetapi tidak setinggi Unit Rawatan Rapi (ICU). High Dependency Unit berperanan
sebagai unit perantara yang memastikan kesinambungan penjagaan klinikal melalui hemodinamik,
intervensi awal terhadap perubahan keadaan pesakit serta menyediakan pemantauan berterusan
,sokongan rawatan intensif serta penjagaan yang lebih teliti. Fokus utama High Dependency Unit adalah
untuk meningkatkan keselamatan pesakit, mempercepatkan proses pemulihan serta mengurangkan risiko
komplikasi.
High Dependency Unit telah mula beroperasi pada 4 September 2025 dengan kapasiti katil rasmi
sebanyak 4 buah katil. Pesakit yang dimasukkan ke High Dependency Unit adalah terdiri daripada pesakit
yang dirujuk dari :
1. Unit Kecemasan dan Trauma
2. Wad-Wad hospital
3. Dewan Bedah
4. Klinik Pakar ( Penilaian Pegawai Perubatan )
Skop Perkhidmatan
Menyediakan kemudahan perawatan untuk pesakit separa kritikal yang memerlukan pemantauan
rapi yang intensif tetapi tahap keadaan pesakit masih stabil tidak sekritikal pesakit yang
memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Perkhidmatan operasi adalah 24 jam secara berterusan dengan anggota yang bertugas mengikut
syif dan mengikut giliran panggilan iaitu :
Giliran pagi : 7 pagi – 2 petang
Giliran petang : 2 petang – 9 malam
Giliran malam : 9 malam – 7.30 pagi
Waktu melawat adalah seperti berikut ;
Isnin – Jumaat ( 12.30 Tengah Hari - 2.00 Petang)
Sabtu – Ahad & Cuti Umum ( 12.30 Tengah Hari - 7.00 Petang)
Hanya 2 Orang Pelawat Sahaja Dibenarkan Masuk Dalam Satu Masa
Objektif
Memberi rawatan Intensif yang optimum kepada pesakit yang berada dalam keadaan
separa kritikal dan memerlukan pemerhatian rapi serta bantuan pernafasan.
Misi
Memberi rawatan yang berkesan dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti,
beretika, cekap dan professional kepada pesakit separa kritikal bagi memastikan
kestabilan dan pemulihan optimum.
Visi
Menjadi unit rawatan separa kritikal yang memberi perkhidmatan yang cekap, amanah,
prihatin dan penyayang serta cemerlang dalam memberikan penjagaan berkualiti tinggi,
selamat dan berkesan.
Piagam Pelanggan
1. Pesakit ditempatkan di katil dalam masa 10 minit setelah sampai di High Dependency
Unit.
2. Pesakit akan diperiksa dan diberi rawatan awal oleh Pegawai Perubatan atau
jururawat dalam tempoh masa 30 minit selepas dimasukkan ke High Dependency
Unit.
3. Memastikan 100% pemantauan pemeriksaan tanda vital seperti tekanan darah, kadar
nadi, kadar pernafasan, tahap oksigen dan skor kesakitan dilakukan setiap 1 jam
sekali.
4. Memastikan 100% pesakit dan waris diberikan orientasi semasa kemasukan
berkaitan
rawatan dan penjagaan pesakit selepas dimasukkan ke High Dependency Unit
dengan
jelas, beretika dan berhemah.


