my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

PAC/Dewan Bersalin

PENGENALAN
1) Wad 2D merupakan wad Obstetrics dan Gynecology yang menempatkan pesakit
Antenatal dan Postnatal.
Wad Antenatal ialah wad di fasiliti kesihatan yang dikhaskan untuk penjagaan
wanita hamil sebelum proses bersalin, khususnya bagi ibu yang memerlukan
pemantauan, rawatan, atau pemerhatian lanjut semasa kehamilan.
Wad Postnatal ialah wad yang dikhaskan untuk penjagaan ibu dan bayi selepas
bersalin, biasanya dari tempoh sejurus selepas kelahiran sehingga ibu dibenarkan
pulang.

2) LDR (Labour & Delivery Room)
Unit khusus untuk menempatkan ibu bersalin, menyediakan penjagaan
menyeluruh dan selamat untuk ibu dan bayi baru lahir.
Bilik khas di fasiliti kesihatan yang digunakan untuk proses bersalin, bermula
daripada fasa awal kelahiran (labour) sehingga bayi dilahirkan (delivery),
termasuk penjagaan ibu dan bayi sejurus selepas kelahiran


3) PAC (Pregnancy Assestment Center).
Unit atau pusat penilaian di fasiliti kesihatan yang menyediakan penilaian,
pemeriksaan dan pemantauan awal kehamilan, khususnya bagi wanita
hamil yang mengalami simptom, masalah, atau memerlukan penilaian segera
tanpa perlu dimasukkan ke wad.

Jumlah katil rasmi adalah seperti berikut :
 Wad 2D 10 katil + 1 Isolation room
 LDR-6 LABOUR SUITE + 3 OBSERVATION BAY
 PAC 3 OBSERVATION BAY + 1 EMERCENCY DELIVERY ROOM

VISI

Mewujudkan wad yang cemerlang dan selamat dalam memberikan
perkhidmatan penjagaan ibu dan bayi yang berkualiti, profesional dan berperikemanusiaan.

MISI

1. Memberi penjagaan holistik, selamat dan berkualiti tinggi kepada
ibu dan bayi semasa tempoh antepartum, intrapartum dan
postpartum.
2. Menyediakan perkhidmatan bersalin yang berpusat kepada ibu
(mother-centered care) dengan penuh kasih sayang, hormat dan
tanggungjawab profesional.
3. Memastikan keselamatan ibu dan bayi melalui pematuhan kepada
prosedur, protokol dan garis panduan klinikal yang ditetapkan.
4. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu berkaitan penjagaan
diri dan bayi selepas bersalin.
5. Menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan sokongan
berterusan terhadap inisiatif Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly
Hospital Initiative).
6. Mengamalkan pendekatan kerja berpasukan dalam memberikan
perkhidmatan obstetrik yang efisien dan efektif.
7. Melaksanakan penambahbaikan berterusan (continuous quality
improvement) dalam aspek penjagaan kesihatan ibu dan bayi.

PIAGAM PELANGGAN WAD BERSALIN/LDR/PAC

1. Pesakit yang dimasukkan ke wad akan diletakkan di katil dalam masa

10 minit dari masa tiba di wad.

2. Memastikan 100% pesakit diberikan pendidikan kesihatan sebelum

discaj.

3. Memastikan 100% saringan pendengaran bayi dilakukan selepas 6jam

kelahiran bagi kes-kes normal.

 

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 14
Jumlah Keseluruhan: 571

Tarikh Kemaskini

  • 19 Mac 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video