Pengenalan
Unit Kawalan Infeksi (UKI) Hospital Seri Iskandar terletak di Aras 3 dan berperanan memantau serta membendung jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HCAI). Tugas utama unit ini adalah:
-
Pemantauan Harian: Mendapatkan laporan pertumbuhan bakteria dan sensitiviti antibiotik dari Makmal Mikrobiologi untuk tindakan cepat membendung rebakan organisma berbahaya.
-
Pematuhan Piawaian: Mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kawalan penyakit.
-
Pendidikan dan Latihan: Memberi pengetahuan dan tunjuk ajar kepada staf, pesakit, dan waris, serta mengadakan kursus, CNE, bedside teaching, dan simulasi wabak.
-
Penyiasatan dan Tindakan: Menyelidik cara rebakan penyakit berdasarkan definisi HCAI KKM, melaksanakan tindakan penambahbaikan, dan membuat notifikasi.
-
Pengurusan Data: Mengumpul data dan melapor kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
-
Audit Berkala:
-
Audit Hand Hygiene: 4 kali setahun (setiap suku tahun) dengan sasaran pencapaian ≥75%.
-
Audit Wad/Unit: Setiap bulan untuk memastikan tiada ubat luput dan prosedur dipatuhi.
-
Point Prevalence Survey (PPS): 1 kali setahun (contoh: Oktober 2025).
-
Matlamat unit ini adalah memastikan persekitaran hospital terkawal, mencegah penularan jangkitan, dan menjamin penjagaan kesihatan berkualiti tinggi untuk pesakit, waris, dan anggota kerja.
Visi
Mengurangkan kadar Healthcare Associated Infection dan Multidrug Resistance Organism (MDRO) ke tahap minima di Hospital Seri Iskandar.
Misi
- Melaksanakan aktiviti - aktiviti kawalan infeksi untuk mengurangkan jangkitan Healthcare Associated Infection.
- Menjalankan aktiviti Lab based surveillance untuk mengesan awal MDRO.
- Memastikan penggunaan antibiotik mengikut protocol Anti Microbial Stewardship (AMS).
OBJEKTIF KUALITI
- Melaksanakan National Surveillance Kawalan Infeksi yang efektif dan efisien sepanjang masa dalam mengawal kadar Alert Organism & HCAI’s (Healthcare Care Associated Infection) di Hospital Seri Iskandar bagi memastikan 100% daripada pesakit yang dimasukkan ke wad tidak mendapat Hospital Acquired Infections (HAI’s).
- Memastikan semua kakitangan klinikal dan bukan klinikal di Hospital Seri Iskandar mendapat latihan Standard & Additional Precaution dalam amalan pencegahan dan kawalan infeksi, dengan sasaran 100% bagi staff baru dan 85% bagi staf sedia ada dilatih setiap tahun.
- Melaksanakan Audit Hand Hygiene Compliance 4 kali setahun berdasarkan 5 moments of hand hygiene di kalangan semua petugas perubatan dan kumpulan sokongan serta menjadi KPI/HPIA Pengarah dan perlu dicapai melebihi 75% diperingkat KKM dan 85% di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perak oleh kakitangan Hospital Seri Iskandar.


