my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Farmasi dan Stor Integrasi

UNIT FARMASI DAN BEKALAN

VISI

  • Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dan inovatif untuk kesejahteraan rakyat.

MISI

  • Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat, dan kos efektif.
  • Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
  • Meningkatkan perkhidmatan farmasi dan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik

FUNGSI UNIT FARMASI

1.Farmasi Pesakit Luar

  • Melaksana aktiviti penyaringan, pengisian dan semak silang serta pendispensan/pembekalan ubat-ubatan
  • Mengurus stok ubat di kaunter
  • Melaksana dan memantau pencapaian kaunseling ubat-ubatan
  • Melaksana Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS)
  • Mengurus aktiviti pembekalan ubat-ubatan ekstemporanus
  • Menguruskan ubat dadah berbahaya dan bahan psikotropik
  • Menjalankan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
  • Memantau aktiviti Home Medication Review (HMR)
  • Mengurus pembekalan ubat Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Kluster

2.Farmasi Bekalan Wad

  • Melaksana aktiviti penyaringan, pengisian dan pendispensan/pembekalan ubat-ubatan
  • Menyelaras aktiviti pengurusan stok wad/troli kecemasan
  • Menguruskan ubat dadah berbahaya dan bahan psikotropik
  • Melaksana dan memantau pencapaian aktiviti pendispensan sisi katil/discaj (bedside discharge)
  • Mengurus aktiviti pembekalan ubat-ubatan ekstemporanus
  • Mengurus stok ubat di kaunter
  • Melakukan pemeriksaan wad secara berkala
  • Menyelaras perkhidmatan farmakokinetik klinikal - Therapeutic Drugs Monitoring (TDM) secara out-source
  • Menyelaras dan melaksakan Program Patient’s Own Medication (POMs)

3.Farmasi Klinikal

  • Melaksana aktiviti penilaian sejarah pengubatan pesakit bagi pesakit baru (CP1)
  • Melaksana aktiviti pemantauan farmakoterapi pesakit semasa di wad (CP2)
  • Dokumentasi intervensi dan maklumat ubat yang diberikan (CP3)
  • Memantau kesan advers dan alahan ubat di wad
  • Melaksana aktiviti pendispensan ubat discaj secara bedside (bedside discharge) dan kaunseling ubat-ubatan pesakit di wad
  • Memastikan kesinambungan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal (CP4)
  • Melaksana aktiviti-aktiviti lain seperti aktiviti rondaan wad bersama pegawai perubatan, semakan stok ubat-ubatan di wad dan pembentangan kes
  • Menyelaras program Antimicrobial Stewardship (AMS)

4.Farmasi Galenikal

  • Menyelaras aktiviti sediaan bukan steril melibatkan produk ekstemporanus, internal dan eksternal
  • Menyelaras aktiviti pembungkusan semula ubat melibat ubat cecair/semi solid (internal/eksternal) dan ubat biji

5.Farmasi Logistik

  • Merancang dan memantau semua jenis peruntukan di bawah kawalan
  • Mengurus aktiviti penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pelupusan stok
  • Melaksana aktiviti pengendalian ubat bertarikh luput dan lambat bergerak
  • Melaksana aktiviti pengiraan, pemeriksaan dan pelarasan stok
  • Melaksana perolehan ubat kelulusan khas
  • Menyelaras aktiviti aduan dan panggil balik produk
  • Memastikan tahan keselamatan farmasi logistik supaya berada pada tahap yang optima pada setiap masa
  • Memantau prestasi perkhidmatan bekalan ubat dan bukan ubat oleh syarikat pembekal dan syarikat konsesi

6.Pusat Maklumat Ubat

  • Mengurus maklumat ubat
  • Menilai/memantau keperluan dan penggunaan Ubat Kelulusan Khas (UKK)
  • Menyelaras Mesyuarat Pengurusan Unit Farmasi dan Mesyuarat Jawatankuasa Ubat & Terapeutik (JKUT)
  • Mengemaskini Formulari Hospital
  • Mengurus insiden kesilapan pengubatan, adverse drug reaction (ADR), adverse event following immunization (AEFI) dan maklumat alahan ubat-ubatan pesakit
  • Menyelaras latihan Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
  • Memantau pelancaran program latihan dan pembelajaran berterusan (CPD) untuk anggota farmasi
  • Mengurus senarai ubat Look Alike Sound Alike (LASA) dan High Alert Medication (HAM)

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 14
Jumlah Keseluruhan: 571

Tarikh Kemaskini

  • 19 Mac 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |  SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video