- PENGENALAN
Wad bersalin yang dikenali sebagai Wad Mawar adalah merupakan salah satu di antara 4 wad yang memberi rawatan pesakit dalam di Hospital Parit Buntar. Wad ini terdapat sebanyak 20 katil, iaitu 15 katil Obstetric dan 5 katil untuk Gynae. Manakala di dalam Labour Room terdapat 4 katil delivery. Unit Obstetrik ini di bawah seliaan Pakar Obstetrik (O&G) dari Hospital Taiping.
Wad Bersalin terletak berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran , Store Integrasi dan Farmasi Pesakit Dalam
- SKOP PERKHIDMATAN
- Untuk menyediakan kemudahan bagi penilaian diagnosis, rawatan, penjagaan dan pemulihan bagi semua ibu mengandung lebih dari 22 minggu ke atas serta selepas bersalin dan bayi yang baru lahir
- Memberi imunisasi awal
- Mengadakan Pendidikan Kesihatan termasuk Perancang Keluarga
- Mengadakan suasana wad “Rakan Bayi” dan “ Penjagaan Mesra Ibu”
- Memberi perkhidmatan 24 jam
- Merawat pesakit yang mengalami luka perineal terbuka.
- Menyediakan bilik khas sebagai bilik saringan Covid bagi setiap kemasukan secara “direct” ke Labour Room, berkuatkuasa 27 Julai 2021.
- OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan diagnostik, pemulihan yang bersesuaian berkesan ,mencukupi dan memberi keselesaan kepada ibu yang memerlukan dan juga untuk melahirkan bayi dengan selamat supaya mengurangkan “Infant and Maternal Morbidity dan “Mortality”(MDG 4 & MDG5)
- VISI
Memastikan perkhidmatan ibu melahirkan anak yang sihat dan selamat.
- MISI
- Memberi dan menjamin tahap penjagaan kejururawatan yang selamat, berkesan dan bermutu tinggi kepada ibu dan bayi
- Mengekalkan status “Hospital Rakan Bayi”
- Menggalakkan peneman menemani ibu semasa bersalin untuk memberi sokongann moral kepada ibu dengan mengamalkan “ Penjagaan mesra ibu”.
- Meneruskan program latihan mencukupi untuk mempertingkatkan pengetahuan kemahiran bagi mencapai tahap kejururawatan yang bermutu tinggi.


