my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Pesakit Luar

 

  • PENGENALAN

   Jabatan Pesakit Luar,Hospital Parit Buntar,Perak,berada dalam daerah Kerian.menerima pelanggan dan pesakit dari seluruh daerah Kerian , Bandar Baharu dan Serdang,Kedah dan Nibong Tebal,Pulau Pinang.Ini kerana lokasi Hospital Parit Buntar terletak di sempadan dua negeri, iaitu Kedah dan Pulau Pinang. Beroperasi pada waktu pejabat sahaja dan menerima 200 hingga 300 pesakit setiap hari. Dianggarkan lebih 6000 hingga 7000 pesakit dan pelanggan mendapatkan pelbagai perkhidmatan setiap bulan.

  Mempunyai 20 orang anggota yang bertugas di Unit Pesakit Luar. Iaitu  seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 dan 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U32 (KUP), 3 Jururawat, 6 Jururawat Masyarakat, 6 Pembantu Perawatan Kesihatan, dan 2 orang Pembantu Tadbir.Terdapat sekurang-kurangnya 5 - 8 orang Pegawai Perubatan akan  bertugas di Jabatan ini  pada setiap masa.

   Selain dari memberikan perkhidmatan rawatan dan perubatan,jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan perubatan dan kesihatan bagi pelajar yang akan memasuki IPTA/IPTS atau asrama penuh dan pegawai atau pelanggan yang akan memasuki atau menjawat jawatan awam atau swasta. Juga kepada bakal-bakal haji dan lain-lain pemeriksaan yang diperlukan oleh pelanggan.

 

VISI, MISI DAN OBJEKTIF

  VISI

 Rawatan yang sempurna menjamin perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta mencapai matlamat yang ditetapkan.

  MISI

Memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan.

 

  OBJEKTIF

Memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan kesihatan yang berkualiti bagi meningkatkan kualiti kesihatan, pengetahuan dan kesedaran pelanggan untuk mencapai kualiti hidup yang   cemerlang.

googlemap1

HOSPITAL PARIT BUNTAR
Jalan Parit Buntar,
Simpang Lima,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan

  05-728 2222
   hparitbuntar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 20
Jumlah Keseluruhan: 16,195

Latest Update

  • 18 December 2025

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video