my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Wad Kanak-kanak

PENGENALAN

Wad Melor merupakan wad kanak-kanak yang menawarkan rawatan pesakit dalam. Berfungsi dalam memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada pesakit. Rawatan ini berteraskan objektif operasi perkhidmatan iaitu untuk memberi perkhidmatan  perubatan ,perawatan dan pendidikan yang efesien dan berkesan. Rawatan juga berteraskan visi iaitu meningkatkan taraf kesihatan penduduk menerusi perkhidmatan  dan pendidikan kesihatan terbaik. Perkhimatan yang diberi berorientasikan mesra  pelanggan . Menempatkan sebanyak 22 katil. Merupakan ‘ Multi dicipline’ dan wad Melor dibawah seliaan Pakar Kanak-kanak (Pediatrician) dari Hospital Taiping.

 

LOKASI WAD

Wad Melor terletak berdekatan dengan Wad dahlia, Unit Sajian dan Taman Terapeutik.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Memberi perkhidmatan perawatan kesihatan kepada pesakit kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah.
  2. Memberi perawatan Neonatal yang berumur 1 hari hingga 1 bulan.
  3. Memberi rawatan kesihatan kepada bayi Pramasa termasuk ‘Incubator Nursing’
  4. Memberi perawatan Phototerapy kepada bayi Jaundice.
  5. Memberi Pendidikan Kesihatan , kaunseling kepada pesakit dan waris.
  6. Mengamalkan Polisi Penyusuan susu ibu secara eksklusif dan membantu ibu untuk menjayakannya.
  7. Memberi perawatan pengasingan (Isolation) kepada pesakit yang disyaki mengidap penyakit berjangkit.
  8. Menerima lawatan pakar dari Hospital Taiping 3 kali sebulan oleh Doktor Pakar.

       

OBJEKTIF WAD MELOR

Berusaha memberi Perkhidmatan yang efektif dan komprehensif kepada para pesakit terutamanya bayi dan kanak-kanak dengan mengutamakan kemahiran perawatan,kecekapan menggunakan sumber-sumber yang sedia ada.

Memberi pendidikan kepada pesakit dan keluarga, disamping mengamalkan polisi penyusuan susu ibu dan memelihara status Hospital Rakan Bayi.

VISI

Memastikan semua kanak-kanak mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

MISI

  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua kanak-kanak.
  • Membantu semua kanak-kanak mencapai potensi masing-masing dengan sepenuhnya.
  • Bekerjasama dengan ibu bapa atau waris dalam penjagaan kesihatan anak-anak mereka.

 

 

googlemap1

HOSPITAL PARIT BUNTAR
Jalan Parit Buntar,
Simpang Lima,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan

  05-728 2222
   hparitbuntar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 20
Jumlah Keseluruhan: 16,195

Latest Update

  • 18 December 2025

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video