my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Pentadbiran

 

PENGENALAN

      Unit Pentadbiran merupakan unit yang berfungsi sebagai  pentadbir  utama  dalam pengurusan jabatan secara keseluruhan. Secara keseluruhan tenaga kerja yang mewakili Pejabat Pentadbiran ialah seramai 28 orang yang berperanan mengikut pembahagian bidang tugas yang dijalankan secara pusingan kerja dalam satu jangka masa yang difikirkan sesuai.

 

      Merupakan satu unit khas yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memastikan kelancaran operasi jabatan secara menyeluruh dan pematuhan  kepada semua garispanduan dan prosedur yang ditetapkan  serta bertepatan dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

      Kedudukannya terletak berhampiran dengan Unit Makmal, Wad Mawar dan  Bangunan Janakuasa Tunggu Sedia. Menempatkan ruang kerja untuk Pengarah Hospital, ruang kerja warga Unit Pentadbiran, Bilik  Mesyuarat, Stor Alatulis, Bilik  Perpustakaan, Bilik Server untuk perkhidmatan jalur lebar (internet & intranet) , bilik solat, ruang menunggu untuk tetamu, bilik percetakan dan bilik makan. Selain itu ia juga turut menempatkan ruang khas untuk Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dan Penolong Jururutera J29.

 

 

    VISI DAN MISI

 

2.1    Visi Hospital

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

2.2    Misi Hospital

Untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i.          Memudahkan dan membolehkan rakyat:

            -           mencapai potensi dalam kesihatan

-           menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

            -           mengambil tanggungjawab dan tindakan  positif demi kesihatan

ii.         Memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • - mengutamakan pelanggan
  • - saksama
  • - tidak membebankan dan cekap
  • - boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • - inovatif

iii.        Dengan menekankan

  • Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • Sifat menghormati maruah insan
  • Penglibatan masyarakat

2.3       Visi Unit Pentadbiran

Sentiasa berusaha untuk memberikan komitmen sepenuhnya ke arah peningkatan pengurusan pentadbiran am, perkhidmatan, kewangan dan hasil dengan berlandaskan konsep bekerjasama , dedikasi, dinamik, berketerampilan dan beretika dengan menggunakan teknologi terkini.

2.4       Misi Unit Pentadbiran

Penglibatan dan penyertaan semua anggota ke arah pembentukan sebuah organisasi yang berprestij melalui kaedah-kaedah piagam pelanggan, penerapan nilai-nilai murni dan berbudaya korporat.

 

 OBJEKTIF UNIT PENTADBIRAN

 

3.1              Program dan aktiviti pentadbiran adalah perkhidmatan sokongan yang beroperasi  untuk merancang, membekal dan memperbaiki aktiviti-aktiviti pentadbiran am, perkhidmatan, kewangan, pungutan hasil dan lain-lain perkhidmatan supaya dasar dan matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak dapat dilaksanakan dan dicapai.

3.2              Mengemaskini dan mempertingkatkan kecekapan urusan memproses dan menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran am, perkhidmatan, kewangan, pungutan hasil dan lain-lain perkhidmatan dalam tempoh masa yang dirancangkan.

googlemap1

HOSPITAL PARIT BUNTAR
Jalan Parit Buntar,
Simpang Lima,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan

  05-728 2222
   hparitbuntar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 25
Jumlah Keseluruhan: 16,220

Latest Update

  • 18 December 2025

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video