my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Dietetik & Sajian

 

  • Pengenalan

Unit Dietetik Dan Sajian adalah satu unit sokongan yang menyediakan dua  perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Sajian makanan untuk pesakit dalam wad disamping menjalankan promosi kesihatan dalam membantu proses rawatan dan pemulihan pesakit. Perkhidmatan ini mengambil kira beberapa aspek seperti perubahan tabiat makan, pengubahsuaian kandungan nutrien, pengubahsuaian kaedah memasak, pengubahsuaian resepi dan lain-lain. 

Perkhidmatan dietetik klinikal dijalankan oleh Pegawai Dietetik U41. Perkhidmatan dietetik merangkumi perkhidmatan dietetik klinikal (MNT) dan promosi kesihatan Aktiviti yang dijalankan adalah seperti konsultasi diet kepada pesakit dalam dan pesakit luar. Konsultasi diet pesakit dalam diberikan kepada pesakit semasa pesakit masih di dalam wad manakala untuk pesakit luar, konsultasi dijalankan seminggu sekali di Klinik Pakar. Antara kes-kes yang biasa dikendalikan ialah kes-kes perubatan seperti Diabetes Mellitus, Dyslipidemia, kidney diseases; kes-kes pediatrik seperti Failure to Thrive (FTT), Childhood obesity; obstetrik & ginekologi seperti Gestational Diabetes (GDM); pemakanan sokongan seperti Enteral Nutrition atau Oral Nutrition Supplement (ONS) dan sebagainya.

Selain itu, aktiviti-aktiviti kesihatan seperti memberikan ceramah-ceramah pemakanan, latihan, pendidikan berterusan serta khidmat pakar rujuk juga dikendalikan mengikut keperluan.

Perkhidmatan Sajian berfungsi untuk merancang, menyedia dan membekalkan diet kepada pesakit dalam wad, pesakit hemodialisis, doktor bertugas atas panggilan dan ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak (MAC - Mother Accompanying Child). Diet Normal dan Diet Teraputik dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad setiap hari. Pesanan diet dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Pesanan Diet.

Setiap pesakit dalam wad dibekalkan makanan sebanyak 4 kali waktu makan iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Menu yang digunakan adalah Menu Pusingan 8 Hari yang terdiri daripada Diet Normal dan Diet Teraputik. Diet Normal yang disediakan bagi pesakit dalam wad dirancang berdasarkan prinsip-prinsip makanan seimbang manakala diet teraputik ditentukan dengan mengambil kira keperluan nutrient yang bersesuaian dengan rawatan yang diperlukan. Antara jenis-jenis Diet Teraputik yang disediakan ialah Diet Diabetik, Diet Rendah Lemak, Diet Rendah Garam, Diet Modifikasi Protein dan sebagainya.

Unit Dietetik dan Sajian menjalankan aktiviti kualiti dan pemantauan untuk memastikan diet yang disediakan adalah selamat, berkualiti dan mencapai keperluan pesakit.

           

  • Visi & Misi

 

Visi

Menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan dietetik dan pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf kebangsaan.

Misi

Perkhidmatan Dietetik

Memberi perkhidmatan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

Perkhidmatan Sajian

Memberi perkhidmatan makanan yang bersih, selamat dan sihat secara optimum serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti melalui kepakaran menerusi pembelajaran dan penyelidikan yang berterusan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

 

  • Objektif

 

Objektif Umum

Perkhidmatan Dietetik

Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti berorientasikan pelanggan.

Perkhidmatan Makanan

Untuk memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, selamat, berkualiti dan efektif.

Objektif Khusus

Perkhidmatan Dietetik

  1. Memberi perkhidmatan klinikal, komuniti, kesihatan awam dan katering dietetik yang berkualiti.
  2. Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara professional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multi disiplin.
  3. Melaksana penyelidikan berkaitan.
  4. Menjalin kerjasama erat dengan agensi yang berkaitan.

Perkhidmatan Makanan

  1. Memastikan pesakit mendapat makanan yang bersih, selamat dan sihat.
  2. Memastikan makanan yang dibekalkan menepati keperluan jenis diet yang ditetapkan untuk membantu proses pemulihan pesakit.
  3. Mengoptima pengunaan peruntukan belanja mengurus tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan.

googlemap1

HOSPITAL PARIT BUNTAR
Jalan Parit Buntar,
Simpang Lima,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan

  05-728 2222
   hparitbuntar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 20
Jumlah Keseluruhan: 16,195

Latest Update

  • 18 December 2025

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video