my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

CSSU

 

PENGENALAN

Unit CSSU atau unit pensterilan adalah merupakan unit sokongan di Hospital Parit Buntar,Perak.Ia bertanggungjawab memberikan Perkhidmatan bekalan bahan steril yang berkualiti kepada semua wad dan unit-unit di hospital. Unit ini merupakan kawasan larangan dimana cuma kakitangan yang bertugas diunit ini sahaja dibenarkan keluar masuk .

VISI

Unit bekalan steril akan menentukan perkhidmatan pensterilan yang bermutu tinggi menggunakan teknologi terkini  dalam mencegah infeksi.

MISI

Unit bekalan steril akan memberikan perkhidmatan pensterilan produktif,berkualiti dan infeksi terkawal.

OBJEKTIF UNIT BEKALAN STERIL

  • Memberi perkhidmatan pembekalan pensterilan yang berkesan dan cekap demi memenuhi kehendak hospital  menerusi pemantauan dalam kajian kualiti piagam 
  • Memproses dan membekalkan instrument/set-set steril kepada semua unit tanpa ada sebarang’ rejection instrument’dengan pemantauan KPI.
  • Menjalankan tatacara penyediaan set-set pensterilan dengan cara yang betul dengan pemantauan unit kawalan infeksi.
  • Meningkatkan kecekapan dan kesedaran keselamatan dalam penggunaan bahan steril untuk semua kakitangan hospital.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menerima,mencuci,memeriksa,membungkus,melabel dan mensteril peralatan perubatan dan bahan-bahan lain seperti soft packing untuk kegunaan di unit-unit serta wad-wad yang berkenaan di hospital Parit Buntar.
  • Melipat ,menyusun dan membungkus kainan mengikut jenis linen pack yang diperlukan contoh dressing towel, cataract towel dan sebagainya.
  • Memesan bekalan bahan-bahan mentah dan peralatan dari stor hospital atau syarikat-syarikat pembekal.
  • Mengamalkan sistem porter,dimana semua set-set kotor yang telah digunakan akan dipungut untuk dibasuh semula dan dibasmi kuman sebelum proses pembungkusan dan proses pensterilan .Penghantaran set-set steril akan dilakukan terus ke unit/wad mengikut stok.

googlemap1

HOSPITAL PARIT BUNTAR
Jalan Parit Buntar,
Simpang Lima,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan

  05-728 2222
   hparitbuntar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 1
Jumlah Keseluruhan: 16,196

Latest Update

  • 18 December 2025

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video