my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Radiologi

 

 PENGENALAN

   Unit Radiologi adalah salah satu unit sokongan utama yang menyediakan perkhidmatan Radiografi Asas (X-Ray) dan Ultrasonografi (Ultrasound) bagi tujuan diagnosis bagi kes-kes patologi, trauma dan pengesanan bendasing juga pemeriksaan perubatan bagi kemudahan kepada Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan mengurus pesakit-pesakit mereka.

   Unit ini juga telah memulakan kaedah pemprosesan radiografi secara CR sepenuhnya pada 01 Januari 2022 dan telah beroperasi sepenuhnya dengan pengunaan CD-R bagi menggantikan kaedah pengunaan filem konvensional namun begitu pihak kami juga memperkenalkan kaedah pencetakan digital bagi radiograf sekiranya dipohon atau jika masih diperlukan. Kami juga menyediakan perkhidmatan radiografi mobile di bilik Isolasi Unit Kecemasan bagi mengendalikan kes-kes Covid-19.

          Pelanggan utama kami adalah pesakit dari wad-wad, Unit kecemasan, Unit Pesakit Luar, Klinik Lawatan Pakar dan unit-unit klinikal lain dan dari klinik kesihatan sekitar Parit Buntar, Bukit Pancur, Nibong Tebal dn Sungai Bakap P.Pinang dan juga Serdang dan Bandar Baru Kedah. Kami juga ada menerima pesakit rujukan susulan dari Hospital Ipoh, Hospital Taiping dan Hospital Pulau Pinang kebanyakannya dari klinik Urologi, Orthopedik, USM Transkrian dan lain-lain lagi.

 

VISI

Menyediakan perkhidmatan Radiologi yang Berkualiti , Berwawasan serta Prihatin terhadap kepuasan pelanggan.

MISI

Mengujudkan perkhidmatan radiografi yang berkualiti, berteknologi  sesuai  dengan  berteraskan  budaya  penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme ke arah kesejahteraan pelanggan.

OBJEKTIF

Objektif unit ini adalah untuk menyediakan radiograf kepada Pegawai Perubatan dengan jaminan kualiti radiograf yang mempunyai nilai diagnosis yang tinggi dan tepat.

  • Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan semua aspek perkhidmatan yang disediakan.
    • Jaminan keselamatan radiasi yang terendah dan selamat berdasarkan prinsip ALARA (As Low As Reasonably Acheivable) kepada anggota dan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan ini serta mematuhi standard yang ditetapkan MS 838 / 1984 dan mematuhi peraturan Perlesenan Tenaga Atom Malaysia : Akta 304.
    • Menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang berteknologi sesuai untuk menambah kelancaran perkhidmatan sambil meningkatkan tahap keselesaan dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
    • Menyediakan anggota yang profesional dengan memberikan pendedahan dalam peningkatan pengetahuan / pembelajaran yang berterusan melalui program CME, latihan dan kursus yang sesuai secara berkala dan terancang.
    • Berusaha merealisasikan objektif Hospital Parit Buntar, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kerajaan Malaysia amnya.

googlemap1

HOSPITAL PARIT BUNTAR
Jalan Parit Buntar,
Simpang Lima,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan

  05-728 2222
   hparitbuntar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 20
Jumlah Keseluruhan: 16,195

Latest Update

  • 18 December 2025

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video